Terbuka kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak berumur 18 ke atas.
Peserta Projek Industri Asas Tani, Tanaman, Perikanan, Ahli Peladang dan orang awam yang berminat
Berminat untuk menceburi bidang pemprosesan produk hiliran pertanian dan bidang keusahawanan
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Makan minum
Peralatan & kelengkapan kursus
Bahan mentah kursus
** Pengangkutan dan penginapan adalah di bawah tanggungan peserta sendiri
CARA MEMOHON
Borang permohonan kursus boleh dimuat turun pada pautan berikut : Borang 11/IAT/RMK-12 atau melalui :
Facebook Rasmi Jabatan Pertanian Sarawak atau,
Pejabat Pertanian Bahagian / Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
25 Februari 2025 PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI
Encik Micheal Asty | Tel : 082-319895
AWAS SCAMMER YANG MENYALAHGUNAKAN NAMA PEGAWAI JABATAN PERTANIAN SARAWAK UNTUK URUSAN PEROLEHAN
JABATAN PERTANIAN SARAWAK INGIN MENGINGATKAN ORANG RAMAI AGAR BERHATI-HATI TERHADAP KEGIATAN PENIPUAN YANG MENGGUNAKAN NAMA PEGAWAI DI JABATAN INI UNTUK MEMPERDAYA MANGSA DALAM SEBARANG URUSAN PEROLEHAN SECARA ATAS TALIAN.
Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) telah ditubuhkan pada tahun 1924 dan fokus utama DOA pada awalnya adalah tanaman getah dan lada. Namun begitu, pada awal tahun 1950an, DOA kemudiannya memberi fokus kepada bahagian pengembangan, latihan dan pendedahan kepada teknologi terkini kepada golongan sasar iaitu petani dan usahawan dalam usaha untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman dan juga pendapatan seisi rumah.
Visi DOA adalah “Komuniti Agro Lestari” dan misi DOA adalah untuk “Meningkatkan Pendapatan Agro Komuniti Melalui Amalan Pertanian Lestari”. Pucuk pimpinan DOA adalah diketuai oleh Pengarah Pertanian Sarawak, Encik Dominic anak Chunggat dan beliau dibantu oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) iaitu Encik Gilbert anak Lgi dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Pn. Radziah binti Jack.