Kunjungan Hormat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak ke atas Pengarah Pertanian Sarawak

Posted on 04 May 2026
Source of News: FB Jabatan Pertanian Sarawak


Kunjungan hormat oleh Puan Fauziah binti Wan Ismail, Timbalan Pengarah Kastam Negeri WK14, Bahagian Perkastaman / Pejabat Ketua Bahagian Perkastaman, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak bersama pegawai-pegawai JKDM ke Pejabat Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak.

Kunjungan ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan, khususnya dalam aspek kawalan, pematuhan serta penguatkuasaan berkaitan import dan eksport bahan pertanian.

Selain itu, sesi kunjungan ini turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan biosekuriti tumbuhan, pematuhan peraturan kuarantin serta kelancaran proses perdagangan di pintu masuk sempadan.

Melalui kunjungan ini, diharapkan kerjasama yang lebih erat dapat terus diperkasakan antara Jabatan Pertanian Sarawak dan JKDM Sarawak, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan serta memastikan keselamatan sektor pertanian sentiasa terpelihara.

Turut hadir ialah Ts. Hajah Asmah Salowi, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin; Encik Petrus Kang, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Tanaman; serta Puan Shariah binti Umar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Jaminan Kualiti Tanaman, bersama beberapa pegawai lain dari Bahagian Tanaman dan Bahagian Perancangan.