Unit Inspektorat

 

Unit Inspektorat


OBJEKTIF
 
Unit Inspektorat berperanan membantu Jabatan untuk menilai tahap pematuhan terhadap pengurusan dan pelaksanaan serta pencapaian prestasi program/ projek pembangunan Jabatan.
  
FUNGSI
  1. Tadbir Urus
  1. Menyedia, menyemak, mengemaskini, dan melaksana garis panduan Inspektorat.
  2. Menyemak dan memberi khidmat nasihat untuk penambahbaikan ke atas manual pelaksanaan program/projek pembangunan Jabatan.
 
  1. Pengukuhan
  1. Menyediakan coaching session kepada Pegawai Inspektorat bagi melahirkan pegawai yang kompeten.
  2. Mengadakan program kesedaran bagi memastikan pihak pengurusan di setiap peringkat pelaksana sentiasa mematuhi manual pelaksanaan program/projek pembangunan Jabatan.
 
  1. Pematuhan
  1. Menjalankan lawatan serta pemeriksaan/ naziran dan penilaian prestasi berdasarkan jadual perancangan dan arahan pihak atasan.
  2. Menyediakan laporan hasil pemeriksaan dan penilaian prestasi.
  3. Mengenalpasti ketidakpatuhan/ luar aturan dan memberi khidmat nasihat/ panduan pembetulan dan penambahbaikan kepada pihak yang berkenaan.
  4. Pemeriksaan susulan bagi memastikan tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan diambil.

HALA TUJU UNIT INSPEKTORAT
 
Visi 
Ke arah pengurusan program pembangunan lebih baik dan boleh dipercayai.
 
Misi
Memperkasa akauntabiliti, pematuhan dan pencapaian bagi mempertingkatkan mutu pengurusan program/ projek pembangunan Jabatan.
 
Objektif 
Unit Inspektorat membantu Jabatan untuk menilai:
  1. Tahap pematuhan terhadap pengurusan dan pelaksanaan program/projek pembangunan Jabatan.
  2. Pencapaian KPI program/ projek pembangunan Jabatan
KUASA UNIT INSPEKTORAT
  1. Unit Inspektorat diberi tanggungjawab untuk memeriksa, menganalisa, menyiasat, menilai dan memberi pendapat, pandangan serta cadangan ke atas penemuan dan penambahbaikan SOP program/ projek pembangunan Jabatan. Dalam melaksanakan tugas tersebut, UIns diberi kuasa untuk membolehkannya:
    1. Menemui mana-mana wargakerja DOA, agensi luar dan orang awam yang berkaitan di semua peringkat untuk mendapatkan keterangan atau maklumat yang diperlukan.
    2. Memeriksa dan mendapatkan apa juga salinan dari buku, dokumen, rekod, minit dan lain-lain bentuk sumber maklumat dari kumpulan sasaran.
    3. Menyemak dan menilai tahap pematuhan kepada SOP program/ projek pembangunan Jabatan serta arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling Kerajaan.
    4. Mendapatkan nasihat daripada mana-mana pegawai DOA atau di dalam perkhidmatan Kerajaan atau badan profesional mengenai isu-isu yang berkaitan.
  2. Semua pihak yang diperiksa dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya bagi membolehkan Unit Inspektorat menjalankan tugas dengan efektif.
  3. Unit Inspektorat bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diperolehi dikendalikan dengan penuh hati-hati, kerahsiaan, kejujuran dan ketelusan seperti pada Akta Rahsia Rasmi.