picture

 

e-Permit




Jabatan Pertanian Sarawak ingin memaklumkan kepada semua pelangan terutamanya pengimport-pengimport bahan tanaman dan produk tumbuhan. bahawa bermula 1 JANUARI 2023, semua permohonan untuk membawa masuk bahan tanaman ke Sarawak adalah melalui e-Permit. Sila layari https://epermit.dagangnet.com.my/ untuk membuat permohonan secara dalam talian. Permohonan ini adalah tertakluk kepada bahan tanaman dan produk tumbuhan yang telah melalui Analisa Risiko Perosak. Permohonan untuk membawa masuk bahan tanaman atau tumbuhan yang tidak tersenarai di dalam e-Permit masih lagi memerlukan permohonan secara manual. Sila klik pada pautan Borang Permohonan PQS.12A. Sila emel borang yang telah lengkap diisi kepada shamshull@sarawak.gov.my atau mickqu@sarawak.gov.my.

Panduan permohonan permit import melalui sistem ePermit boleh dimuat turun disini.

sebarang pertanyaan. Sila hubungi :

Mickquinny Nosin : 082-255845 atau melalui mesej Whatapp 011-23791271