Pengenalan Kualiti Tanaman


Kualiti tanaman merupakan teras penting dalam industri pertanian. Ia bukan sahaja merangkumi pengeluaran hasil yang berkualiti dari segi kuantiti, kandungan nutrisi dan nilai estetik, malah kualiti bahan tanaman juga memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan pengeluaran tanaman yang mampan dan berdaya saing.

Program Pensijilan Melibatkan Kualiti Tanamani.
  1. Pensijilan myGAP dan myOrganic;
  2. Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT);
  3. Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP);
  4. Pendaftaran Varieti Tanaman; dan
  5. Perlindungan Varieti Tumbuhan (PVP).
Fungsi Utama Bahagian Kualiti Tanaman
  • Pendaftaran dan pensijilan ladang/pengusaha bagi semua program pensijilan Jabatan Pertanian
  • Pemantauan pematuhan serta pembaharuan pensijilan
  • Khidmat nasihat berkaitan Amalan Pertanian Baik, pertanian organik dan bahan tanaman berkualiti
  • Latihan dan promosi program kualiti kepada kakitangan dan pengusaha
  • Pemantauan sisa racun perosak bagi ladang yang dipersijilkan
  • Pengurusan dan pembangunan stesen pengeluaran bahan tanaman (pokok induk)