PERUTUSAN PENGARAH

 

PERUTUSAN PENGARAH


Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Pertanian Sarawak.

Sebagai sebuah agensi peneraju di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Visi kami ialah 'Komuniti Agro Lestari' dan Misi kami ialah 'Untuk Meningkatkan Pendapatan Agro Komuniti Melalui Amalan Pertanian Lestari." Jabatan juga akan berkongsi maklumat mengenai fungsi dan tugas jabatan, objekif, program dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelangan-pelangan kami. Makmulat yang ditawarkan adalah berguna sebagai rujukan mengenai pembangunan pertanian di Sarawak.

Laman sesawang ini memaparkan maklumat terkini mengenai program, aktiviti dan perkhidmatan kami, juga statistik dan penerbitan kepada klien dalaman dan luaran.

Selaras dengan keperluan agensi kerajaan dengan menggunakan e-Kerajaan, laman web ini adalah direka dan membolehkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan disebarkan. Ia juga menyediakan rangkaian ke laman web agensi-agensi dan institusi lain yang berkaitan dengan pembangunan pertanian, Penyelidikan dan Pembangunan, pemprosesan dan pemasaran.

Akhir kata, saya berharap laman web ini akan bermanfaat kepada semua pelayar, khasnya para peladang dan usahawan tani, dan kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan.

YBrs. Dominic anak Chunggat
Pengarah Pertanian Sarawak