BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANI

 

BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANI


PENGENALAN BAHAGIAN INDUSTRI ASAS TANI

Bahagian Industri Asas Tani ( IAT ) merupakan salah satu bahagian di Jabatan Pertanian yang membantu usahawan yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan produk hiliran yang berasaskan hasil tanaman, ternakan dan akuakultur kepada satu   produk yang boleh dikomersilkan di pasaran. Melalui program Pembangunan Produk dan Program Pembangunan Usahawan, Bahagian IAT antara lain menyediakan bantuan dalam bentuk mesin pemprosesan dan peralatan yang mana bertujuan  bagi meningkat kuantiti dan kualiti penghasilan produk serta menambahbaik   imej produk bagi meluaskan aktiviti pemasaran. Peningkatan hasil jualan  akan membantu dalam menjana  peningkatkan pendapatan usahawan.
 


1. PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK

Program ini memberi tumpuan kepada usahawan yang terlibat di dalam bidang pemprosesan makanan yang berasaskan hasilan pertanian. Objektif program ialah untuk meningkatkan pendapatan usahawan menerusi pengkomersilan industri hiliran dengan mengunakan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran, peningkatan kualiti produk, penambahbaikan pembungkusan dan kebolehpasaran produk.


2. PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN

Program ini merupakan salah satu insiatif kepada usahawan dalam pembangunan modal insan bagi melahirkan usahawan yang berkemahiran dan berpengetahuan di dalam bidang pemprosesan makanan dan keusahawanan. Selain daripada itu juga, program ini juga memberi ruang dan peluang kepada usahawan untuk memperkenalkan produk masing-masing melalui aktiviti-aktiviti pemasaran.


3. MODUL LATIHAN DI PUSAT LATIHAN INDUSTRI ASAS TANI