Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sarawak ke atas Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak

Disiarkan pada 04 May 2026
Sumber Berita: FB Jabatan Pertanian Sarawak


Yang Berusaha Encik Mohd. Nazaiful Azdi bin Rahman, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sarawak bersama rombongan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berusaha Encik Dominic anak Chunggat, Pengarah Pertanian Sarawak bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sarawak, Kuching.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju pembangunan industri nanas di Sarawak, di samping meneroka peluang kerjasama strategik antara LPNM dan Jabatan Pertanian Sarawak dalam usaha mengoptimumkan sumber pembangunan industri nanas serta memperkukuh jalinan kerjasama di setiap peringkat jabatan. Usaha ini penting bagi memastikan pembangunan industri nanas dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu, efisien dan mampan.

Selaras dengan aspirasi Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030, kunjungan ini diharapkan dapat memperkasa sektor agromakanan sebagai salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri, seterusnya meningkatkan pendapatan petani serta menyumbang kepada pembangunan industri nanas yang berdaya saing, berteknologi tinggi dan berorientasikan pasaran global.

Turut hadir ialah Dr. Maclin anak Dayod, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Tanaman; Encik Petrus Kang, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Tanaman; serta Puan Shariah binti Umar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Jaminan Kualiti Tanaman, bersama beberapa pegawai lain dari Bahagian Tanaman dan Bahagian Perancangan.