MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM
SIJIL PERTANIAN SESI 2026/2028 DI INSTITUT PERTANIAN SARAWAK, SEMONGOK, JABATAN PERTANIAN SARAWAK
Dimaklumkan Permohonan kemasukan ke Program Sijil Pertanian Malaysia Sesi 2026/2028 telah dibuka mulai
9 Februari - 17 April 2026
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal Sistem Maklumat Bersepadu Institut Pertanian Sarawak (SMBIPS) dihttps://doa-ips-smb.sarawak.gov.my/danboleh dimuat turun melaluiApp Storedan Google Play Store secara percuma. Permohonan juga boleh dibuat secara manual menggunakan borang permohonan yang boleh didapati dari semua Pejabat Pertanian berdekatan atau muat turun borang melalui link : Brosur dan Borang Permohonan ke Institut Pertanian Sarawak. Walau bagaimanapun, permohonan secara atas talian amatlah digalakkan untuk mendapat maklumbalas yang pantas.
Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) telah ditubuhkan pada tahun 1924 dan fokus utama DOA pada awalnya adalah tanaman getah dan lada. Namun begitu, pada awal tahun 1950an, DOA kemudiannya memberi fokus kepada bahagian pengembangan, latihan dan pendedahan kepada teknologi terkini kepada golongan sasar iaitu petani dan usahawan dalam usaha untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil tanaman dan juga pendapatan seisi rumah.
Visi DOA adalah “Komuniti Agro Lestari” dan misi DOA adalah untuk “Meningkatkan Pendapatan Agro Komuniti Melalui Amalan Pertanian Lestari”. Pucuk pimpinan DOA adalah diketuai oleh Pengarah Pertanian Sarawak, Encik Dominic anak Chunggat dan beliau dibantu oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) iaitu Encik Gilbert anak Igi dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Pn. Radziah binti Jack.