Perikanan Darat : Prosedur Memohon Lesen Menternak Ikan Dalam Sangkar
PERKHIDMATAN PELESENAN PERIKANAN DARAT |
||||||||||||||||||||||||||
TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR Ternakan Ikan dalam Sangkar (Peraturan 31, Ordinan Perikanan Negeri 2003) Anda dikehendaki mempunyai lesen untuk membina struktur sangkar bertujuan untuk menternak ikan di perairan sungai atau tasik di Negeri Sarawak, tertakluk kepada syarat-syarat. Lesen boleh diperolehi daripada Unit Penguatkuasaan Dan Pelesenan, Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian. Yuran lesen ialah RM2.00 untuk setiap sangkar dengan ukuran 3.3m x 3.3m setahun dan hendaklah diperbaharui setiap tahun sebelum tamat tempohnya. Operasi tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan dan boleh dikompaun atau didenda. Prosedur Memohon Ternakan Ikan Dalam Sangkar Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat Unit Penguatkuasa dan Pelesenan atau melalui Pejabat Pertanian Bahagian bersama-sama dengan salinan dokumen yang disahkan sebanyak 2 set.
Permohonan yang melibatkan sungai akan dirujuk kepada Lembaga Sungai-sungai Sarawak untuk kebenaran dan memastikan ia dibina supaya tidak menghalang lalu-lintas bot-bot di sungai tersebut, Peraturan Sunga-sungai Sarawak (Trafik), 1993. Menternak ikan di dalam sangkar di perairan umum tanpa lesen yang sah adalah satu kesalahan. Penalti Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Permohonan Lesen Ternakan Ikan Dalam Sangkar (Peraturan 31) Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
atau Pegawai Perikanan di Pejabat Pertanian Bahagian dekat anda:
|