Topik Popular : Lesen Eksport Tumbuhan


Apakah prosedur untuk mendapatkan lesen eksport?

1.  Pengeksport atau agen dikehendaki mengisi borang "Custom No.2" bertajuk “Declaration of Goods to be exported”. Lesen eksport disokong/disahkan di atas borang tersebut semasa penyerahan di mana-mana Pejabat Pertanian yang mengeluarkan lesen eksport di Sarawak.

2.  Surat kelulusan daripada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi bahan-bahan tanaman seperti keratan lada, koko, rotan dan spesies pokok buah-buahan tertentu mestilah dimajukan bersama semasa penyerahan borang "Custom No.2" di pejabat pengeluar lesen eksport.

3.  Sijil Fitosanitasi hendaklah diperolehi di samping lesen eksport sekiranya diperlukan oleh negara pengimport. Permit CITES dan lesen hidupan liar mungkin diperlukan jika negara destinasi kepada bagi tumbuhan tersebut adalah penandatangan kepada Konvensyen Perdagangan Antarabangsa (Flora dan Fauna) bagi spesies terancam. Lesen hidupan liar mungkin diperlukan sekiranya tumbuhan tersebut tersenarai di bawah "Wild Life Protection Ordinance, 1998". Sijil-sijil tersebut hendaklah diperolehi daripada pihak Jabatan Hutan (Seksyen Hidupan Liar Dan Taman Negara) terlebih dahulu.