Kursus Jangka Pendek Petani 2013 : Modul 17
Motivasi Keusahawanan
1. 0 Pengenalan
Kursus Motivasi Keusahawanan (MK) adalah satu daripada program mempelbagai dan menambahkan pendapatan petani, penternak dan nelayan (MMPPPN) sebagai satu pendekatan ataupun strategi kerajaan untuk membantu sebilangan masyarakat petani, penternak dan nelayan masih berada di bawah paras kemiskinan.
YAB Perdana Menteri pada tahun 2004, telah menyeru Kementerian dan Jabatan/ Agensi Kerajaan supaya meningkatkan lagi usaha untuk mempelbagai dan menambahkan pendapatan petani, penternak dan nelayan memandangkan pendapatan yang diperolehi oleh pengusaha-pengusaha sektor lain.
Bagi menyahut seruan YAB Perdana Menteri bagi memperkukuhkan lagi asas ekonomi masyarakat petani, penternak dan nelayan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) pada tahun 2004 telah mewujudkan program khas iaitu Program Mempelbagai Dan Menambahkan Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan.
2.0 Objektif Kursus
Di akhir kursus ini, peserta dapat :
Meningkatkan tahap motivasi diri sehingga peserta bersedia untuk melibatkan diri dalam pelaksanaan projek di bawah Program Mempelbagai Dan Menambahkan Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan, KPIAT.
Memberi pendedahan dari aspek keusahawanan yang perlu ada pada diri peserta seperti yakin diri, cekal, berdaya saing, mapan dan sedia menempuh cabaran dalam usaha menjayakan projek.
Memberi pendedahan penyediaan pelan asas perniagaan untuk projek sendiri seperti merancang kewangan keluarga, merekod jualan dan belian serta melaksana projek sendiri.
3.0 Kandungan Kursus
3.1 Ice Breaking Motivasi Keusahawanan
-
Pengenalan Motivasi Keusahawanan
-
Objektif
-
“Ice Breaking Game”
-
Menerangkan Jadual Program Motivasi Keusahawanan
-
Penilaian Keterampilan Jati Diri Usahawan (13 Kriteria)
3.2 Mengenal Diri
-
Siapa saya sebenarnya
-
Asal kejadian manusia
-
Kenali musuh diri
-
Siapakah diri kita
-
Rumusan
3.3 Minda Positif
-
Definisi
-
Pengajaran Minda
-
Minda berfokus
-
Pengisian Minda Positif
-
Penilaian Minda
3.4 Meningkatkan Kualiti Diri
-
Muhasabah Diri
-
Keterampilan Diri
-
Kepentingan Kreativiti dan Produktiviti
-
Membentuk Sistem Kepercayaan
-
Pengurusan Diri
-
Rumusan
3.5 Perubahan Satu Cabaran
-
Norma-norma kehidupan
-
Kaedah dan pendekatan
-
Pengurusan Cabaran
3.6 Perancangan Kewangan Keluarga
-
Kenapa dompetku kempis?
-
Bagaimana menggemukkan dompetku?
-
7 Langkah Menggemukkan Dompet
-
Analisa sumber pendapatanku, Mana Duitku?
-
Konsep pengiraan pendapatan “Lima Jariku”
-
Pengurusan perbelanjaan seimbang (7:2:1)
-
Memantapkan pengurusan kewangan ku
3.7 Kecemerlangan Usahawan
-
Ciri-ciri Juara
-
Analisa Diri
-
Anda adalah siapa yang anda fikir?
-
Status berfikir kecil dan besar
-
11 Langkah menuju ke mercu kejayaan
-
6 faktor penting keseronokan bekerja
-
Lawatan ke usahawan yang maju atau projek berdaya maju
4.0 Methodologi
4.1 Syarahan menggunakan audio visual, multimedia
4.2 Role Play, Mutiara Kata
4.3 Permainan motivasi, penilaian diri, nilai murni, sesi kongsi kejayaan
4.4 Penerapan nilai, etika dan budaya keusahawanan
4.5 Perbincangan secara kumpulan
4.6 Permainan Markah
4.7 Refleksi pembelajaran
4.8 Penilaian sebelum dan selepas kursus
5.0 Kumpulan Sasaran
5.1 Usahawan tani, usahawan ikan dan usahawan ternakan yang sedang bergiat dalam perniagaan atau perusahaan pertanian secara komersial.
5.2 Bakal usahawan muda, belia tani dan lepasan siswazah graduan IPTA/IPTS.
5.3 Petani yang terlibat dalam sektor pertanian sebagai sara hidup.
6.0 Jangkamasa Kursus
3 hari
7.0 Tempat
Pusat Latihan Pertanian (PLP)
8.0 Penceramah
9.1 Penceramah Jemputan
9.2 Pegawai dari Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian Sarawak
9.0 Penyelaras Kursus
Pengetua Pusat Latihan Pertanian (PLP)
