Khidmat Kuarantin Tumbuhan
KHIDMAT KUARANTIN TUMBUHAN | ||||||||||||||||||||||||||||
Pengeluaran Permit dan Lesen:
List of Services:
PROSEDUR PENGIMPORTAN Bahan Terlarang: Pengimportan sesetengah bahan adalah tidak benarkan kecuali untuk tujuan penyelidikan dan kes-kes tertentu seperti:
Pengimportan citrus dan betik ke negeri Sarawak adalah tidak dibenarkan kerana penyakit Citrus Greening Disease dan Papaya Ringspot Virus. Bahan Yang Memerlukan Permit Import dan Sijil Fitosanitari Pengimportan bahan-bahan berikut memerlukan permit import dan sijil Fitosanitari :
Prosedur Permohonan Permit Import
Semua Permit Import hanya SAH untuk 3 bulan dan 1 permit hanya untuk 1 konsaimen import sahaja Bahan Yang Tidak Memerlukan Permit Import dan Sijil Fitosanitari Pengimportan bahan-bahan berikut tidak memerlukan permit import dan sijil fitosanitari :
Bahan-bahan tersebut perlu dilaporkan kepada Pegawai Kuarantin Tumbuhan untuk tujuan pemeriksaan bagi memastikan ia adalah bebas daripada perosak dan penyakit. Bahan Yang Memerlukan Sijil Fitosanitari dan Rawatan Produk tumbuhan segar untuk tujuan dimakan dan perubatan dan produk tumbuhan yang diproses dari negara kumbang khapra seperti dalam Ninth Schedule Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 perlu dirawat dan disertakan dengan Sijil Fitosanitari. Produk dan negara berkenaan adalah seperti berikut: Produk-produk :
Negara :
Sijil Fitosanitari dikeluarkan oleh negara pengeksport berdasarkan keperluan oleh negara pengimport. PROSEDUR PENGEKSPORTAN Untuk memudahcara perdagangan dan untuk memastikan bahan-bahan yang dieksport diterima oleh negara pengimport, prosedur berikut perlu dipatuhi oleh pengeksport: Eksport perlu disertakan dengan Sijil Fitosanitari yang sah di mana 1 sijil sah untuk 1 konsaimen sahaja dan sah dalam masa 14 hari dari tarikh Sijil Fitosanitari dikeluarkan. Rawatan dilakukan ke atas konsaimen seperti syarat-syarat ditetapkan oleh negara pengimport. Prosedur Memohon Sijil Fitosanitari
Keperluan lain untuk memenuhi Perundangan Negeri dan Perjanjian-perjanjian Antarabangsa berkenaan Ukuran Sanitari bagi Bahan Tanaman
Pemeriksaan Kuarantin Tumbuhan Barangan pertanian yang diimport, dengan atau tanpa Permits atau Phytosanitary Certificates, tertakluk kepada pemeriksaan oleh pegawai Kuarantin Tumbuhan semasa ketibaan. Selain itu, penumpang-penumpang dengan barangan pertanian, tiba dari destinasi selain destinasi domestik dalam negeri adalah juga perlu dipemeriksa. Ini termasuk penumpang-penumpang dari Semenanjung Malaysia dan Sabah. Pemeriksaan kargo-kargo dilaksanakan di kawasan-kawasan kargo sistem penerbangan atau di point kemasukan yang diwartakan di sempadan imigresen / tempat-tempat pemeriksaan kastam. Pengimport-pengimport (penumpang) yang melanggar undang-undang kuarantin tumbuhan akan dikenakan tindakan sebagaimana dinyatakan dalam perundangan. Tindakan termasuk mengambil termasuk penahanan konsaimen untuk tujuan rawatan, dirosakkan atau dilarang masuk.
Permit diperlukan untuk perdagangan spesies tumbuh-tumbuhan terancam Perdagangan dalam spesies ini adalah dibenarkan dengan dokumen-dokumen sesuai dikeluarkan oleh kerajaan negara mengeksport Jabatan Perhutanan yang mengeluarkan permit CITES untuk kebenaran membawa spesies tumbuhan ini. |