|
Kertas peperiksaan ini mengandungi dua (2) Seksyen iaitu Seksyen 1 dan Seksyen 2. This examination paper contains two (2) sections, i.e Section 1 and 2.
Calon-calon dikehendaki untuk menjawab semua soalan di Seksyen 1. Bagi Seksyen 2, calon-calon dikehendaki untuk menjawab empat (4) soalan daripada enam (6) soalan yang disediakan. Candidates are required to answer all the questions in Section 1 and only four (4) questions out of six (6) questions provided in Section 2.
Semua jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. All answers must be written in the answer sheet provided.
SEKSYEN 1 (A ): Soalan aneka pilihan (20 markah ) Section 1 (A) : Multiple Choices Question (20 marks)
Baca dengan teliti kenyataan di bawah dan pilih jawapan yang paling tepat. Tulis jawapan dalam bentuk huruf A, B, C atau D pada kertas jawapan anda. Read the statement below carefully and choose the correct answer. Write your answer in the form of (a), (b), (c) or (d) in the answer sheet provided.
1. Borang-borang disenaraikan di bawah adalah borang permohonan untuk skim pertanian, kecuali A. Borang AGC-1S B. Borang AGC2 C. Borang AGC-1G D. Borang AGC-1E
2. Permohonan skim pertanian ditutup pada bulan ? A. Januari-Disember B. Mei-Disember C. Ogos-Disember D. November-Disember
3. Tanaman-tanaman yang disenaraikan berikut adalah tanaman yang termasuk dalam program Pembangunan Tanaman Makanan,KECUALI A. Padi B. Kelapa C. Sayur-sayuran D. Buah-buahan
4. Salah satu daripada jenis tanah yang disenaraikan di bawah adalah tanah BERMASALAH di Sarawak A. Tanah gambut cetek B. Tanah aluvial C. Tanah Asid-Sulfat D. Tanah Siri Tarat
5. Satu daripada jenis tanah disenaraikan di bawah TIDAK BOLEH dibangunkan untuk estet mini tanaman yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian pada masa kini. A. Tanah Adat Bumiputra (NCR) B. Tanah Kerajaan C. Tanah Bergeran D. Tanah Rezab Komunal Bumiputra
6. Siapakah PEMAJU estet mini tanaman padi yang bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak dalam pembangunan estet mini ini? A. Petani B. FAMA C. Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak D. Syarikat swasta
7. Apakah tanaman paling penting bagi pekebun kecil di Sarawak dari segi sumbangan nilai eksport? A. Getah B. Buah-buahan C. Lada Hitam D. Kelapa Sawit
8. Berapakah had kos projek tanaman yang boleh diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Bahagian? A. RM500,000 B. RM200,000 C. RM100,000 D. RM50,000
9. Kelas racun mahluk perosak yang paling toksik adalah___________ A. Kelas I B. Kelas II C. Kelas III D. Kelas IV
10. Kaedah pengembangan yang paling BERKESAN untuk latihan kemahiran adalah_______________ A. Persembahan video B. Program Radio C. Demonstrasi kaedah D. Ceramah
SEKSYEN 1 (B) : Soalan Pendek. (20 markah ) Pada setiap soalan berikut sila beri jawapan yang ringkas sahaja.
Section 1 (B) : Short Questions (20 marks) Give a brief answer to the following questions.
Soalan 1. i) Apakah perkataan penuh bagi SPIP? ii) Dalam proses kerja bagi SPIP, terangkan cara pembayaran bantuan skim kepada peserta skim. (4 markah)
Soalan 2 Nyatakan empat (4) pendekatan pelaksanaan Program Pembangunan Tanaman yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. (4 markah)
Soalan 3 Namakan empat (4) Agensi yang terlibat secara langsung dalam pemasaran hasil pertanian di Sarawak. ` (4 markah)
Soalan 4 Senaraikan empat (4) masalah yang serius yang dihadapi oleh pekebun kecil negeri Sarawak dalam melaksanakan projek komersial. (4 markah)
Soalan 5 Namakan skim yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Sarawak yang bertujuan untuk mengurangkan sisabaki racun makhluk peroask dalam sayur-sayuran. Senaraiakn tiga (3) jenis sistem pengeluaran sayur-sayuran yang termasuk dalam skim tersebut. (4 markah)
SEKSYEN 2 : Jawab empat (4) soalan sahaja daripada enam (6) soalan berikut : (60 markah) Section 2 : Answer four (4) questions out of the following six (6) questions : (60 marks)
Soalan 1 Soalan berikut adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi baru dalam pengeluaran padi. (i) Bandingkan kebaikan dan keburukan kaedah tanam terus (direct seeding) dan kaedah semaian (wet nursery) dalam penaman padi ( 5 markah)
(ii) Huraikan kenaapa penggunaan baja nitrojen berlebihan untuk tanaman padi jenis tempatan tidak digalakkan. (3 markah)
(iii) Siput Gondang Emas adalah mahluk perosak yang baru dan serius bagi industri padi. a) Nyatakan satu cara untuk mengesan terdapat mahluk perosak tersebut di ladang. b) Apakah kaedah yang disyorkan oleh Jabatan untuk mengawal mahluk perosak tersebut? ( 7 markah)
Soalan 2 Tanaman sayur-sayuran dalam struktur jejaring adalah satu sistem yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengeluarkan hasil yang bebas dari sisabaki racun mahluk perosak yang berlebihan. (i) Nyatakan lima (5) ciri-ciri penting dalam rekabentuk rumah jejaring kalis serangga yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian. (5 markah) (ii) Nyatakan amalan ladang yang disyorkan untuk mengawal dengan efektif masalah penyakit dan mahluk perosak dalam rumah jejaring kalis serangga. (10 markah).
Soalan 3 (i) Senaraikan lima (5) "Latex Timber Clones"(LTCs) yang disyorkan untuk ditanam di estet mini getah di Sarawak. (5 markah). (ii) Huraikan lima (5) tugas-tugas penting seseorang Penyelia di estet mini getah (10 markah).
Soalan 4 (i) Senaraikana lima (5) jenis penyakit tanaman lada hitam di Sarawak (5 markah). (ii) Huraikan lima langkah pencegahan yang harus diambil oleh seseorang petani bagi mengelak penyakit reput akar di kebun lada hitamnya (10 markah).
Soalan 5 Satu daripada tugas Penyelia Projek bagi projek tanaman adalah untuk memperkenalkan teknologi baru kepada peserta projek. Tugas itu melibatkan lawatan ke ladang untuk menerangkan tentang teknologi baru itu dan untuk mengadakan latihan dalam penggunaan teknologi tersebut.
(i) Huraikan apakah persediaan yang perlu dibuat oleh Penyelia Projek di pejabat sebelum pergi ke ladang. (6 markah) (ii) Huraikan apakah aktiviti-aktiviti pengembangan yang harus dijalankan oleh Penyelia Projek waktu di ladang, termasuk aspek-aspek penting aktiviti tersebut yang perlu diberi penekanan. (9 markah)
Soalan 6 Jawab soalan-soalan berikut tentang pembangunan buah-buahan:- (i) Senaraikan empat (4) jenis buah-buahan yang tergolong dalam (a) Kategori Buah Bermusim dan (b) Kategori Buah Bukan Bermusim. (4 markah).
(ii) Sebutkan dua (2) jenis buah-buahan yang dibiak melalui setiap kaedah-kaedah berikut:- (a) Cara mengetut (b) Kultura Tisu (c) Cantuman tunas (3 markah)
(iii) Lalat Buah adalah satu perosak yang serius bagi industri buah-buahan di Sarawak. Huraikan cara yang disyorkan oleh Jabatan untuk mengawal lalat buah. (8 markah)
[Atas]
|