MyGAP
| Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) | 
1. Pengenalan
 
 1.1 Amalan Pertanian Baik (APB) 
 Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara   mampan dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang   serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti. Ia juga   mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta   memelihara alam sekitar.  
 
 1.2 Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) 
 Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun   2002, dahulunya dikenali dengan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)   untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB.   Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop   Commodities – Good Agriculture Practices (GAP).
2. Objektif
 
 2.1 Menjadi teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.   
 
 2.2 Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang   supaya menghasilkan keluaran segar yang berkualiti dan selamat untuk   dimakan.
3. Kelebihan
 
 3.1 Menghasilkan produk  pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan  dimana hasil telah  dianalisis dari segi kandungan residu racun makhluk  perosak, logam berat  dan mikrobial   
 
 3.2 Alam sekitar terpelihara.   
 
 3.3 Menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja ladang.   
 
 3.4 Hasil pertanian dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.   
 
 3.5 Membangunkan industri pertanian negara secara mampan dan lestari.   
 
 3.6 Logo MyGAP pada label produk dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan produk tersebut.  
4. Kriteria Permohonan
 
 4.1 Kategori pemohon adalah seperti berikut :   
 
 i - Persendirian   
 ii - Syarikat Swasta  
 iii - Peserta Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)  
 iv - Agensi/Badan Berkanun  
 v - Peserta Ladang Kontrak  
 vi - Pusat Pertanian dibawah seliaan Jabatan Pertanian  
 vii - Peserta Projek Pertanian Moden  
 
 4.2 Pemohon hendaklah memastikan :   
 
 i - Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang   
 ii - Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil  
 iii - Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport 
 
Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada :
MyGAP Negeri Sarawak
 Bahagian Kualiti Tanaman
 Unit Pensijilan Ladang Tanaman,
  Pusat Penyelidikan Pertanian Semengok
 Tel Pej.082-611171, Fax 082-611178 
 Pegawai  Untuk Di Hubungi 
 Ketua Penyelaras:SRO Kadin Empari
 Desk Officer Negeri:AAO Jamey Raway

 
			
