PENANAMAN LIMAU MANDARIN
1. Nama Tempatan: Limau langkat, Limau Batu, Limau Jepun
2. Varieti yang disyorkan:
(i) Limau mandarin:
Bidin - buah besar, manis dan hasil tinggi
Kong Ho - saiz buah yang sesuai, manis dan hasil tinggi
(ii) Limau Mandarin Madu:
Johor Honey - rasa masam manis, beraroma dan hasil tinggi
3. Jarak Tanaman: 5.5 m x 5.5 m
4. Bahan Tanaman:
Pokok penanti (rootstock) yang disyorkan ialah Carrizo citrange dan Cleopatra Mandarin.
5. Pembajaan
Tahun
|
Kekerapan
|
Jenis Baja
|
Jumlah / Pokok / Tahun (kg)
|
Kadar Pembajaan (kg)
|
0
|
Semasa tanaman |
Rock Phosphate Dolomite Tahi Ayam |
0.20 0.10 5
|
0.20 0.10 5.0
|
1
|
Setiap 3 bulan |
15:15:15 |
0.5
|
0.13
|
2
|
Setiap 3 bulan |
15:15:15 |
1.5
|
0.38
|
3
|
Setiap 3 bulan |
12:12:17:2+TE |
2.5
|
0.63
|
4
|
Setiap 4 bulan |
12:12:17:2:TE |
4.0
|
1.33
|
5
|
Setiap 4 bulan |
12:12:17:2:TE |
5.0
|
1.67
|
6 ke atas
|
Setiap 4 bulan |
12:12:17:2:TE |
6.0
|
2.00
|
Sebagai tambahan, baja tahi ayam 10 - 30 kg/pokok/tahun dan dolomite 0.2-0.3 kg/pokok/tahun adalah disyorkan.
6. Pemangkasan
Dipangkas apabila pokok berumur 1 tahun untuk mendapatkan kanopi yang seimbang. Setiap pokok seharusnya mempunyai satu batang utama dengan 3-4 cabang pada paras 30 - 60 cm dari tanah.
7. Penjarangan Buah
1-2 buah setiap ranting. Penjarangan buah dilakukan semasa saiz buah sebesar guli.
8. Tempoh Vegetatif: 3 tahun
9. Jangka umur ekonomik: 20-25 tahun
10. Penuaian dan Hasil
- Umur 4 - 5 tahun - hasil 5 - 7 mt/ha/tahun
- Umur 8 tahun ke atas - hasil 20 - 30 mt/ha/tahun.
11. Kawalan Perosak dan Penyakit
|
|
|
|
|
1. Lalat buah |
|
Serangan pada buah bermula apabila serangga betina membuat lubang pada kulit buah untuk bertelur. Larva memakan isi buah menyebabkan buah busuk. |
|
- Kutip dan musnahkan buah yang rosak
- Bungkus buah
- Kurangkan populasi jantan dengan perangkap methyl eugenol
- Sembur dengan dimethoate atau deltamethrin atau fenthion
|
2. Psyllid limau
|
|
Nimpa dan dewasa menghisap cairan daripada daun dan pucuk menyebabkan pertumbuhan terbantu. Serangga ini merupakan vektor bagi penyakit 'Citrus Greening Disease' |
|
Sembur dengan Dimethoate atau Malathion semasa pembentukan bunga. |
3. Pengorek buah (Fruit borer) |
|
Ia biasa terdapat pada tanaman pomelo. Cecair melekit terdapat pada buah dan buah gugur sebelum matang. |
|
- Bungkus buah
- Musnahkan buah yang rosak
- Sembur dengan pyrethroids, dimethoate, acephate atau fenthion
|
4. Pelombong daun (Leaf miner)
|
|
Larva menebuk tisu daun. Daun menjadi cacat, berkedut dan bergulung. |
|
- Musnahkan daun yang dijangkiti
- Sembur dengan Petroleum Spray Oil (D-C-Tron Plus)
|
5. Kepinding |
|
Nimfa dan dewasa menghisap cairan buah, pucuk muda dan daun. Buah yang dijangkiti bertompok coklat dan gugur sebelum matang. Pucuk layu dan akhirnya patah. |
|
- Buang nimpa
- Sembur dengan dimethoate atau fenthion jika perlu
|
6. Ulat Lemon |
|
Larva memakan daun beberapa minit dan meninggalkan tangkai daun. |
|
Buang larva
Sembur dengan racun serangga
|
7. Kutu Daun |
|
Kutu daun menghisap cairan daripada pucuk muda menyebabkan daun kuning dan bergulung atau pertumbuhan terbantut. |
|
Sembur dengan malathion dan albolineum. |
| Atas |
|