Langsat

 

Langsat


PENANAMAN LANGSAT

1. Nama Tempatan: Langsat, Duku, Duku-langsat, Dokong

 
Picture

2. Varieti yang disyorkan:

 
Belum ada kultivar yang disyorkan untuk langsat dan duku setakat ini. Untuk duku-langsat, 2 kultivar, LDS 1 (Muar) dan LDS 2 (Kuching) adalah disyorkan dan untuk Dokong adalah Dokong (jenis kering ).

 3. Keperluan tanah dan iklim:

  • Paling sesuai pada tanah alluvial, lom yang bersaliran baik.

4. Jarak tanaman: 7.5m x 7.5m (178 pokok/ha)

5. Pembajaan:

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar/ Pembajaan
(kg)
0
Semasa menanam Rock Phosphate
Dolomite
Baja organik
0.20
0.10
5.00
0.20
0.10
5.00
1

Setiap 3 bulan

15:15:15

0.50

0.13

 

2

Setiap 3 bulan

15:15:15

1.00
0.25
3
Setiap 3 bulan 15:15:15
1.50
0.38
4
Sekali setiap 4 bulan 15:15:15
2.00
0.67
5
Sekali setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
3.00
1.00
6
Sekali setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
4.00
1.33
7
Sekali setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
5.00
1.67
8 dan ke atas
Sekali setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
6.00
2.00

 
Lindungan: Untuk beberapa tahun awal (selepas penanaman), lindungan adalah perlu, sama ada menggunakan lindungan buatan (jaring) atau semulajadi seperti pokok pisang atau Gliricidia.
   
 
Pemangkasan : Biarkan batang tengah dengan dahan-dahan yang seimbang.

6. Tempoh vegetatif: 7 tahun .

7. Jangka umur ekonomik: 25 - 40 tahun.

8. Penuaian dan hasil: 15 - 30 mt/ha. Musim kemarau yang ketara adalah sesuai untuk menggalakkan pokok ini berbunga.

| Atas |

 
Source: Scheme Mechanics, 9MP (2006-2010) Fruit Industry Development Programme, June 2006