Timun

 

Timun


PENANAMAN TIMUN

PENANAMAN

     Picture

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  • Jarak antara batas - 30cm.
  • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100 meter persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
  • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

Menanam

1. Di ladang

  • Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm.
  • Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm
  • 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi
  • Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam, tinggalkan sepokok selubang.

2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain

  • Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm.
  • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

 

PENJAGAAN

Sungkupan

1. Di Ladang

  • Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  • Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.

Menyedia Junjung

1. Di Ladang

  • Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas.
  • Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat.

Menyiram

Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.

Membaja

1. Di Ladang

  • Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 m persegi
  • Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.

2. Dalam Pasu dan Bekas lain

  • Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.

Merumput

  • Kawal rumput sepanjang masa.

 

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

Penyakit / Perosak   Kawalan
Kumbang daun   Sembur racun kulat Carbaryl dengan kadar 0.1% bahan aktif (b.a)
Kutu daun   Sembur racun serangga seperti malathion dengan kadar 0.1% bahan aktif
Kulapuk berdebu/ Kulapok downy   Semburan benomyl dengan kadar 0.025% b.a.

 

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

  • Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang.
  • Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga 20 cm.
  • Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan.
  • Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter persegi kawasan.
  • Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata RM1.00/kg.




| Atas |

 
Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia