PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula)

PENANAMAN
Penyediaan Tanah
- Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar.
- Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor.
- Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah sarap sebelum menyediakan batas.
PENJAGAAN
Membaja
- Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas.
- Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan.
- Program pembajaan
Masa Pembajaan
|
Kadar Baja (kg/0.4 ha)
|
Cara Membaja
|
3 minggu lepas tanam
|
100
|
Tabur di keliling pokok
|
5 minggu lepas tanam
|
200
|
Tabur antara pokok
|
7 minggu lepas tanam
|
200
|
Tabur antara pokok
|
Menyiram
- Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.
Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok
- Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.
- Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar.
- Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.
- Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan pembesarannya tidak terganggu.
Membalut buah
- Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.
- Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.
MEMUNGUT HASIL
- Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan belum bersabut.
- Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.
- Hasil purata menggunakan sistem pancang sebanyak 5,200 kg/0.4 ha dan sistem trellis dianggarkan sebanyak 9,000-15,000 kg/0.4 ha.
| Atas |
|