1. Local Name: Tumeric (Cucuma domestica val.)
2. Pengenalan:
|
Kunyit, Cucuma domestica val. adalah dari keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dipercayai telah lama ditanam di India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa Sanskrit. India dan Indo-Malesia dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari ekspedisi Marco Polo. Pada lingkungan tahun 1280, ia menyebut bahawa Koncha (berjiranan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran yang bercirikan betul-betul 'saffron' (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan 'saffron' yang benar. Apa yang dimaksudkan oleh pelayar ini mungkin serbuk kunyit yang warnanya kuning seperti 'saffron' itu. Walau bagaimanapun, sekarang ini kunyit umumnya dijumpai di serata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika.
Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam Sanskrit dipanggil Harida; Arab, Kukum; Tamil, Manjal; Inggeris, Tumeric; China, Kiang-hoang; Jawa, Kunyir. Daripada perkataan Arablah kita dapat sebutan Latin Curcuma.
|
3. Botani:
|
Valeton yang memperkenalkan kunyit dengan nama botaninya Cucuma domestica val., menggantikan nama sebelumnya iaitu Curcuma longa Koen. Ia merupakan tumbuhan herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh sampai 1 meter berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai. Pelepah-pelepah daunnya membentuk batang. Ubi utamanya dipanggil rizom, bulat panjang mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat. Bahagian rizom dan ubi sisi inilah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning. Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga di hujung batang dan panjangnya 10 - 15 sm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau atau merah jambu di hujungnya manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama.
|
4. Keperluan Iklim Dan Tanah:
|
Kunyit sesuai ditanam di kebanyakan tempat di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembab dengan suhu 15 darjah celsius - 35 darjah celsius. Ia boleh ditanam di dataran rendah dari paras laut hinggalah pada paras 1220 meter atas paras laut. Curahan hujan yang berterusan terutamanya di kawasan tadahan hujan adalah baik untuk penanaman kunyit. Hujan tahunan yang optima untuk kunyit ialah di sekitar 100 sm hingga 200 sm. Hujan sederhana lebat diperlukan semasa menanam dan hujan lebat semasa peringkat awal vegetatif. Keadaan kering selama sebulan diperlukan sebelum penuaian dijalankan.
Keadaan tanah sesuai bagi tanaman kunyit, biasanya bersaliran sempurna dan subur yang terdapat pada tanah jenis lom. Tanah rendah yang boleh bertakung air tidak sesuai kerana ianya peka terhadap keadaan terendam. Ketahanan pH tanah bagi tumbuhan ini ialah antara 4.3 dan 7.4. Pada tanah yang terlalu kering ketika musim yang agak panjang, bantuan pengairan diperlukan.
|
5. Varieti:
|
Varieti yang khusus dari tempatan jarang ditemui melainkan dari India di mana pelbagai varieti dikeluarkan dan dibiakbaik untuk tanaman komersial. Varieti-varieti yang ditanam di India yang sama keperluan ekologi-fisiologinya dengan Malaysia adalah seperti jadual di bawah:
|
Varieti-varieti kunyit dari India
Varieti
|
Tempoh Matang (hari)
|
Hasil Segar (tan/ha)
|
Curcumin (%)
|
Ciri Kualiti Oleoresin (%)
|
Minyak Esen (%)
|
Co-I |
285
|
30
|
3.2
|
6.7
|
3.2
|
Rangga |
250
|
29
|
6.3
|
13.5
|
4.4
|
Rasmi |
240
|
31
|
6.4
|
13.4
|
4.4
|
Roma |
250
|
21
|
9.3
|
13.2
|
4.2
|
Suguna |
190
|
29
|
4.9
|
13.5
|
6.0
|
6. Bahan Tanaman:
|
Cebisan rizom dari bahan yang terpilih berat 20 kg tiap-tiap satu digunakan sebagai bahan tanaman pada kadar 2.0 tan/ha. Rizom perlu cukup tua, sihat dan mempunyai 1-2 mata tunas. Untuk mendapatkan cebisan bahan tanaman yang sihat, dinasihati memperolehinya terus dari ladang tanaman yang telah mengeluarkan hasil. Untuk memastikan cebisan rizom ini bebas dari penyakit, racun kulat digunakan. Bagi tujuan ini cebisan rizom direndam dalam larutan racun kulat selama 15-30 minit. Untuk mendapatkan pokok yang seragam, pra-cambahan selalunya diamalkan. Ini memastikan tiada berlaku kegagalan pertumbuhan pada sesuatu lubang tanaman itu.
|
7. Penanaman:
|
Kunyit ditanam dengan bermulanya musim hujan di atas batas berukuran 1-1.5 meter lebar dan tinggi 20 sm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8 sm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60 sm antara baris dan 25 sm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan.
|
8. Pembajaan:
|
Baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja in organic dengan kadar 60:30:90 kg NPK/ha dibubuh 3 kali sepanjang penanaman (Edison, et., 1990)
|
| Atas |
|
|
Sumber: Panduan Menanam Kunyit - Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. |