PENANAMAN KACANG PANJANG
1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis) 
2. Penanaman:
Di Ladang |
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.
|
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain |
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu.
|
Di Ladang |
Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok.
Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi).
|
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain |
Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2 minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu.
|
Di Ladang
|
Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan.
|
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain |
Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan.

|
3. Penjagaan:
Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan. |
Di Ladang |
Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam.
|
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain |
Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.
|
Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. |
4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:
|
Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1% b.a. |
5. Memungut Hasil:
Di Ladang |
Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg.
|
Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain |
Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok. |
|