Variety Padi Istimewa

 

Variety Padi Istimewa


VARIETI ISTIMEWA (Beras Berkualiti Tinggi)

1. Varieti disyorkan

Varieti
Hasil t/ha
Biris
4.5
Bario
4.5
Rotan
5.0

2. Penyediaan Tanah

Faktor utama yang mempengaruhi hasil padi ialah penyediaan tanah. Ia menyediakan fizikal, kimia dan biologi tanah yang baik yang membolehkan pertumbuhan secara optima. Dua kali penggemburan adalah diperlukan.

3. Memindah

Anak benih ditanam terlebih dahulu di batas sebelum ditanam ke sawah.

4. Kadar benih

Kadar benih 25 kg / ha: Campur cecair oksigen pada kadar 1:1000 ke dalam air. Rendam benih dalam cecair oksigen selama 24 jam untuk mempertingkatkan kadar percambahan . 300 ml per hektar. (Kos RM 5.00/ha)

5. Pembajaan

Kadar disyorkan ialah NPK [50]:[40]:[30] kg/ha

Straight fertilizer conversion:

Urea (46%N):CIRP (36% P2O5) : MOP(60% K2O) at ratio of [2bags (50 kg.)]:[2 bags (50 kg)] : [ 1 bag (50 kg)]

Split fertilizer:

Pertama ( 1/3 ) : 15-20 hari selepas pemindahan
Kedua ( 1/3 ) : 45 - 55 hari selepas bercambah
Ketiga ( 1/3 ) : 90 hari selepas pemindahan
Kos: RM300.00/ha

6. Pengurusan Air

Bergantung kepada hujan. Sawah perlu dibuat ban untuk menakung air.

7. Pengurusan Rumpai

Sembur dengan 2,4-D Dimenthyalamine pada kadar 100 ml/18 lit. Kadar per ha ialah 2.5 lit. Kos: RM 30/ha

8. Penuaian

Padi sedia dituai selepas 85% daripada butiran padi berwarna kuning keemasan.

 

Sumber: Pusat Penyelidikan Semongok