65 PEGAWAI JABATAN PERTANIAN NEGERI SARAWAK SERTAI KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PEROLEHAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN
Posted on 11 Sep 2026
Source of News: Unit Perolehan, DOA HQ




KUCHING, 11 September 2026 – Seramai 65 orang pegawai Jabatan Pertanian Negeri Sarawak telah menyertai Kursus Pemantapan Pengurusan Perolehan Negeri dan Persekutuan yang berlangsung selama 5 hari bermula 7 hingga 11 September 2026 di UCSI Hotel, Kuching.
Kursus ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam menguruskan proses perolehan jabatan sama ada di peringkat negeri dan persekutuan mengikut peraturan dan pekeliling semasa. Penekanan diberikan bagi memastikan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dapat dilaksanakan dalam setiap urusan perolehan.
Sepanjang kursus, peserta telah menerima perkongsian ilmu daripada barisan penceramah jemputan daripada Commerce Dot Com Sdn Bhd (Pn Siti Saarah Binti Abdol Wahet) , Jabatan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (Pn Jastina Binti Jamil) , Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak (En Kamarularifin Bin Ismail), Jabatan Kerja Raya Malaysia (En M Mahzairi Mahdan), Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (En Azraine Bin Sulaili ), Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (Ts.Ahmad Arif Bin Datu Ahmad Denney) dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (En Mcwillyn Anak Jiok). Antara topik utama yang disampaikan merangkumi sistem e-Perolehan, peranan jawatankuasa perolehan, pengurusan kontrak, Pekeliling Perbendaharaan, sistem CoRRIS & UPKJ, kaedah perolehan kerja, serta tatacara perolehan terus bagi "Common Items".
Kursus turut diselitkan dengan sesi soal jawab bagi membolehkan peserta memahami cabaran sebenar di lapangan serta mencari penyelesaian secara bersama.
Para peserta melahirkan penghargaan atas penganjuran kursus ini dan berazam untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan perolehan di Jabatan Pertanian Negeri Sarawak.
Disediakan oleh Sendry Anak Bakat