Mengukuhkan Kerjasama Biosekuriti Tumbuhan bersama APHIS, USDA
Posted on 24 Sep 2025
Source of News: FB Jabatan Pertanian Sarawak



24 September 2025 | Kuching; Jabatan Pertanian Sarawak (Bahagian Biosekuriti Tumbuhan & Kuarantin) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Animal and Plant Health Inspection Service (APHIS), United States Department of Agriculture (USDA) pada 24 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 17, Menara Pelita, Kuching.
APHIS USDA diwakili oleh Joseph Vukovich (Area Director), James Withrow (Deputy Area Director), Jay R-Millanes (Agricultural Scientist for Plant Health) dan Jose David (Agricultural Scientist for Plant Health). Jabatan Pertanian diwakili oleh Ts. Hajah Asmah Salowi (KPP Bahagian Biosekuriti Tumbuhan & Kuarantin), Encik Yazid Bostamam (Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Tanaman), Puan Emylin Badut (Bahagian Perikanan Darat), Encik Khaiziqri Aizad Roslan (Bahagian Perancangan), Cik Qurratu'aini binti Hasimi (Unit Integriti), Cik Nur Najwa dan Cik Bernadette (Bahagian Biosekuriti Tumbuhan & Kuarantin). Kementerian Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah diwakili oleh Puan Knot Atok dan Puan Alice Loni.
Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai perdagangan pertanian, akses pasaran, serta isu-isu berkaitan kesihatan tumbuhan. Turut dibincangkan adalah bidang kerjasama berpotensi seperti analisis risiko perosak, rawatan kuarantin, dan diagnostik makmal.
Dalam pertemuan ini, jabatan juga mengambil peluang untuk memperkenalkan hasil pertanian unik Sarawak seperti lada, nanas, serta durian tempatan termasuk nyekak dan dabai.
Sesi ini diakhiri dengan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan kerjasama dan mengekalkan komunikasi rapat demi memperkasakan usaha biosekuriti dan kuarantin tumbuhan.
Bersama kita melindungi tumbuhan, demi masa depan yang lestari.
#doasarawak
#biosekurititumbuhan
#Kerjasamaantarabangsa
#APHIS
#USDA