PROGRAM “CROP PROTECTION AWARENESS – PROTECTING PLANT, PRESERVING FUTURE”

Posted on 23 Sep 2025
Source of News: FB Jabatan Pertanian Sarawak



23 SEPTEMBER 2025 | SMK KIDURONG, BINTULU : PROGRAM “CROP PROTECTION AWARENESS – PROTECTING PLANT, PRESERVING FUTURE” anjuran Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak kini meluaskan lagi kumpulan sasaran dengan mendekati pelajar-pelajar sekolah dan SMK Kidurong telah dipilh untuk bahagian Bintulu.
Program yang diadakan di Seri Kidurong Hall, SMK Kidurong, diketuai oleh Puan Hajah Asmah Salowi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak. Program ini melibatkan seramai 103 orang pelajar tingkatan 3 bersama guru pengiring iaitu Cikgu Sharly anak Ekie dan Cikgu Diana Eba anak Amos.

Program kesedaran untuk pelajar sekolah menengah diadakan melalui modul interaktif bertemakan makanan selamat bertujuan membina kefahaman, kesedaran dan tindakan kolektif dalam melindungi tanaman demi menjamin masa depan makanan negara.
Sebanyak 3 sesi ceramah dan demonstrasi telah diadakan;

i.Pengenalan dan Kepentingan Serangga Berfaedah Dalam Pengawalan Serangga Perosak Tanaman oleh Encik Mark Ambun dari Unit Entomologi, Seksyen Kesihatan Tanaman, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Tanaman.
ii. Pengenalan Penyakit Tumbuhan dan Pencegahan Awal oleh Puan Chyale Rabe dari Unit Patologi Tumbuhan, Seksyen Kesihatan Tanaman, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Tanaman.

iii.Demonstari Pengenalan dan Kepentingan Penggunaan Pakaian Pelindung Diri (PPE) semasa penyemburan racun perosak dalam aktiviti pertanian oleh Encik Cassidy Meking, Seksyen Biosekuriti Tumbuhan, Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin.
Selain itu, bagi menambah kefahaman terhadap ceramah dan demonstrasi yang telah diberikan, para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk mengikuti sesi pembelajaran yang lebih interaktif melalui aktiviti seperti permainan dan kuiz. Aktiviti santai seperti ini dapat memupuk minat serta menguji kefahaman pelajar terhadap kepentingan biosekuriti tumbuhan dalam industri pertanian.
Setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Mordiana bt Nawi, Pengetua SMK Kidurong, Cikgu Sharly anak Ekie dan Cikgu Diana Eba anak Amos selaku guru pengiring pelajar, Cikgu Micheal yang telah bertungkus lumus menyediakan kemudahan sistem siaraya, guru-guru lain dan wargakerja SMK Kidurong serta wargakerja Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu yang diketuai oleh Encik Jinggu ak Brok di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang program ini dijalankan.

Sumber : Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak
#doasarawak
#komunitiagrolestari
#towardssustainableagrifood
#biosecurity
#CropProtection