Perikanan Darat : Prosedur Memohon Permit Untuk Mengusahakan Hatceri Akuakultur (Udang Harimau)
PERKHIDMATAN PELESENAN PERIKANAN DARAT |
||||||||||||||||||||||||||
HATCERI AKUAKULTUR Permit Untuk Hatceri (Peraturan 32, Ordinan Perikanan Negeri 2003) Untuk mengusaha atau menjalankan aktiviti hatceri untuk akuakultur, ada mesti mempunyai Permit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perikanan Negeri. Prosedur Memohon Permit Untuk Hatceri Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat Unit Penguatkuasa dan Pelesenan atau melalui Pejabat Pertanian Bahagian bersama-sama dengan salinan dokumen yang disahkan sebanyak 7 salinan.
Permit akan dikeluarkan setelah permohonan diluluskan oleh Panel Pelesenan Udang Harimau. Syarat-syarat dan terma Permit mestilah dipatuhi oleh pengusaha untuk kemampanan industri akuakultur. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat dan terma-terma berkenaan adalah menjadi satu kesalahan. Yuran permit adalah RM100.00 setahun dan mestilah diperbaharui sebelum tamat tempohnya. Sila ambil perhatian bahawa operasi hatceri akuakultur tanpa Permit adalah satu kesalahan. Penalti Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Permohonan Lesen Ternakan Ikan Dalam Sangkar (Peraturan 32) Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
atau Pegawai Perikanan di Pejabat Pertanian Bahagian dekat anda:
|