INSTITUT PERTANIAN SARAWAK : LATAR BELAKANG
Institut Pertanian Sarawak, Semengok telah ditubuhkan pada tahun 1983, Ia merupakan sebuah Institusi Latihan Jabatan Pertanian Sarawak yang kompeten dan berpengalaman luas dalam bidang latihan, khususnya dalam pengeluaran modal insan untuk sektor pertanian dan perladangan.
Institut ini menawarkan latihan teknikal yang berkualiti dalam pelbagai aspek pertanian, meliputi bidang pengurusan dan teknologi pengeluaran tanaman, memproses hasil pertanian, ternakan, perladangan, mekanisasi ladang dan landskap. Perkhidmatan latihan ini terbuka kepada individu yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan.
Sijil yang ditawarkan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
