PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI PERTANIAN KANAN 2007



Pem. Pengarah Encik Paul Ritom
dan YB Datuk Patinggi Tan Sri
Dr George Chan Hong Nam
serta Setiausaha Tetap,
Datu Jaul Samion semasa
Sesi Dialog Khas.

   PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI PERTANIAN KANAN 2007

SANTUBONG, 11-14 Disember 2007 - Jabatan Pertanian Sarawak dengan jayanya telah mengadakan Persidangan Pegawai-pegawai Pertanian 2007 pada 11 -14 Disember 2007 bertempat di Santubong Resort, Kuching.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Muda Kementerian Pemodenan Pertanian, YB Datuk David Teng Lung Chii bagi pihak Menteri Permodenan Pertanian, YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam. Walau bagaimanapun, YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam telah menghadiri Sesi Dialog Khas bersama-sama para pegawai pada hari ketiga (13/12/2007).

Seramai 125 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pertanian Sarawak dan Kementerian Pemodenan Pertanian telah menghadiri persidangan tersebut. Sebanyak 34 kertas kerja meliputi pelbagai aspek pertanian telah dibentangkan. Di samping itu, bengkel membincangkan 'Arah Tuju Strategik dan Cadangan bagi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan' telah diadakan. Sebanyak 9 kertas kerja hasil bengkel telah dibentangkan. Beberapa usahawan yang berjaya juga telah dijemput membentangkan kertas kerja pada 14 Disember 2007.

Di akhir persidangan, Pemangku Pengarah Pertanian, Encik Paul Vincent Ritom berharap agar maklumat yang diperolehi daripada pembentangan, perbincangan dan dialog yang telah diadakan dapat dijadikan panduan dalam memperbaiki Program Pembangunan RMK9 yang kini memasuki tahap Kajian Separuh Penggal.

    ....................................................