1AZAM
|
l BERITA 1AZAM l GALERI FOTO l HUBUNGI KAMI l |
Program 1AZAM adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin (iaitu dibawah RM520 sebulan bagi golongan miskin tegar dan dibawah RM830 sebulan bagi golongan miskin). Peserta hendaklah disahkan berdaftar di dalam sistem e-kasih. |
|
TUJUAN PROJEK Projek 1AZAM diperkenalkan bagi membantu golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin supaya dapat menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM830 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2,300 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah. |
|
SASARAN NEGERI SARAWAK Sasaran Ketua Isi Rumah (KIR) bagi Negeri Sarawak untuk tahun 2014 adalah 7,500 KIR. Program 1AZAM ini dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, iaitu Jabatan Pertanian, LKIM, UPUB, SEDC, STIDC, Giat MARA, LLM dan lain-lain. Projek-projek yang dilaksanakan untuk peserta 1AZAM dibahagikan kepada: a) AZAM NIAGA (menggalakkan keusahawanan dan penubuhan perniagaan kecil seperti makanan dan minuman, perniagaan sejuk beku, perniagaan runcit dengan menyediakan latihan dan dana.) b) AZAM KHIDMAT (memberi kemudahan menubuhkan perniagaan perkhidmatan kecil termasuk perniagaan berasaskan inovasi seperti memotong rumput, perkhidmatan jahitan dan andaman pengantin, dll) c) AZAM KERJA (membantu dengan peluang pekerjaan yang ada dan menggalakkan mereka mengambil peluang pekerjaan dalam sektor seperti pekerja restoran makanan segera, pelayan restoran dan pekerja hotel, dll) d) AZAM TANI (pertanian, ternakan, akuakultur) Jabatan Pertanian menumpukan kepada projek berasaskan pertanian secara kecil-kecilan yang mendatangankan hasil yang cepat, mampu memberi peluang untuk meningkatkan taraf hidup para peserta KIR, misalnya penternakan ayam itik dan akuakultur, tanaman sayur-sayuran dan tanaman kontan dengan menyediakan dana dan latihan. |
|
PERLAKSANAAN 1AZAM DI SARAWAK Di negeri Sarawak Jabatan Pertanian memainkan peranan utama dalam perlaksanaan program 1AZAM. Projek ini dilaksanakan di semua Bahagian dan Daerah termasuk semua kawasan pendalaman. |
|
SENARAI KIR UNTUK DILAKSANA PADA TAHUN 2015 |
Bahagian |
Bilangan KIR yang diterima daripada KKWPK |
Status Laporan Verifikasi oleh JPS |
KUCHING |
187 |
155 |
SAMARAHAN |
54 |
52 |
SRI AMAN |
142 |
126 |
BETONG |
47 |
47 |
SARIKEI |
148 |
140 |
SIBU |
139 |
121 |
KAPIT |
235 |
229 |
MUKAH |
168 | 119 |
BINTULU |
97 |
83 |
MIRI |
163 |
116 |
LIMBANG |
102 |
96 |
TOTAL: |
1,482 |
1,284 |
AKTIVITI 1AZAM |
PROTRET KEJAYAAN 1AZAM |
BAHAGIAN KUCHING |
BAHAGIAN SAMARAHAN |
BAHAGIAN SRI AMAN |
BAHAGIAN BETONG |
BAHAGIAN SARIKEI |
BAHAGIAN SIBU |
BAHAGIAN KAPIT |
BAHAGIAN MUKAH |
BAHAGIAN BINTULU |
BAHAGIAN MIRI |
BAHAGIAN LIMBANG |
You are visitor No.