PEJABAT PERTANIAN BAHAGIAN KAPIT
PENGENALAN
Jabatan Pertanian Bahagian Kapit telah ditubuhkan sekitar penghujung 1960-an, terletak di Jalan Airport Kapit, dan kemudiannya di pindahkan bersama-sama dengan pejabat-perjabat kerajaan yang lain di Komplek Kerajaan Negeri Bahagian Kapit.
B ahagian Kapit di bahagikan kepada tiga(3) daerah iaitu Daerah Kapit, Daerah Song dan Daerah Belaga, serta 2 daerah kecil iaitu Daerah Kecil Nanga Merit dan Daerah Kecil Sungai Asap Belaga.
K ebanyakan penduduk di bahagian kapit menjalankan aktiviti-aktiviti bercucuk tanam untuk menampung keperluan harian mereka dan secara tidak langsung sebagai punca pendapatan selain daripada bekerja hasil pembalakan dan perlombongan arang batu.
B ahagian Kapit merupakan salah satu daripada kawasan pengeluaran buah-buahan tempatan di negeri Sarawak terutamanya dalam pengeluaran hasil buah-buahan tempatan iaitu Dabbai, Issau dan Durian, Selain daripada itu Bahagian Kapit juga terkenal dengan hasil ikan-ikan ulunya iaitu Empurau, Tengadak dan Semah.
D i samping itu Bahagian Kapit juga terkenal dengan hasil tenunannya iaitu Pua Kumbu, dimana hasil tenunan ini telah pun terkenal dan mendapat sambutan yang menggalakkan di negeri Sarawak sendiri, mahupun Semenanjung Malaysia, malahan hasil tenunan Pua Kumbu tersebut telahpun terkenal di Luar Negara.
[ PROJEK ] [ HUBUNGI KAMI ] [ CARTA ORGANISASI ]
