PEJABAT PERTANIAN BAHAGIAN SIBU
|
|||||||||||||||
|
PENGENALAN Bahagian Sibu meliputi kawasan seluas 8,278.75 km persegi di mana kebanyakannya iaitu kira-kira 24 % adalah tanah Kelas II dan III yang sesuai untuk penanaman pertanian, dan selebihnya adalah daratan yang tidak rata dan tanah gambut. Bahagian ini terdiri daripada 3 daerah seperti berikut:
Di Bahagian Sibu, kebanyakan pembangunan tanaman pertanian adalah tertumpu kepada lada, manakala kelapa sawit semakin ketara sejak kebelakangan ini yang dibangunkan oleh pihak swasta. Padi, buah-buahan dan sayuran dibangunkan di bawah Program Pengeluaran Makanan Bahagian. Program Ternakan dan Perikanan Darat juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada pengeluaran makanan dan kebanyakannya berada di Daerah Sibu dan Kanowit kerana tempat ini mudah diakses melalui jalan darat. Seperti bahagian lain, Pejabat Pertanian Bahagian Sibu melaksanakan pelbagai program bagi mencapai keperluan penduduknya. Program utama termasuk tanaman, ternakan, perikanan darat dan WEDA dengan sokongan perkhidmatan lain seperti Pertubuhan Peladang, Pusat Pembangunan Sumber Manusia dan Stesen Penyelidikan dan lain-lain bagi melicinkan pembangunan industri pertanian.
[ PROJEK ] [ HUBUNGI KAMI ] [ CARTA ORGANISASI ] |
