PEJABAT PERTANIAN BAHAGIAN BINTULU
|
|
|
PENGENALAN Bahagian Bintulu meliputi kawasan seluas 12,130 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 161,134 orang (Banci 2000). Terdapat berbagai kumpulan etnik yang tinggal di sini seperti kaum Iban, China, Melayu, Melanau, Kayan, Penan, Kedayan dan Bekatan. Bahagian Bintulu mempunyai dua buah daerah iaitu, Daerah Bintulu dan Tatau. Daerah Bintulu meliputi kawasan seluas 7,204 km persegi dengan penduduk seramai 138,269 orang, manakala Daerah Tatau berkeluasan 4,926 km persegi dengan penduduk seramai 22,865 orang. Terdapat beberapa buah stesen pertanian daerah di Bahagian Bintulu, iaitu Daerah Tatau dan Daerah Bintulu sendiri. Daerah Bintulu mempunyai sebuah stesen kecil iaitu Sebauh, manakala Daerah Tatau mempunyai empat stesen kecil iaitu Sangan, Muput, Kuala Tatau dan Nanga Tau.
[ PROJEK ] [ HUBUNGI KAMI ] [ CARTA ORGANISASI ] |
