|
Kertas peperiksaan ini mengandungi empat (4) seksyen, iaitu Seksyen A, Seksyen B, Seksyen C, dan Seksyen D. Calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Seksyen A, Seksyen B, dan Seksyen C. Bagi Seksyen D, calon-calon dikehendaki untuk menjawab hanya tiga (3) soalan sahaja.
This Examination Paper contains four (4) sections, i.e Section A, B, C and D. Candidates are required to answer all questions in Section A , B and C. For Section D, candidates are required to answer only three (3) questions.
Seksyen A: Pernyataan betul atau salah. (5 markah) Section A : TRUE or FALSE Statement (5 marks)
Baca kenyataan-kenyataan di bawah dengan teliti dan pilih jawapan yang paling tepat. Tuliskan jawapan anda dalam pernyataan "Betul" atau "Salah" pada kertas jawapan yang disediakan. Please, read the statements below and write your answer TRUE or FALSE in the answer sheet provided.
1. Dalam Program Pemeliharaan Perikanan Darat di Negeri Sarawak hanya spesies ikan asli/tempatan (indegenous) yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi sahaja yang diberi tumpuan untuk pemeliharaan. (In Inland Fisheries Conservation Programme only the indegenous fish species of known high commercial value are currently given consideration in conservation effort in the state.)
2. Program Bantuan Pengeluaran Ikan untuk kumpulan petani luar bandar hanya bertujuan untuk memberi keupayaan mengeluarkan ikan untuk kegunaan sendiri sahaja. (Assistance to Fish Production programme for rural farmers only aims to enable farmers to produce fish for own consumption only.)
3. Kelayakan minima bagi projek kolam ikan untuk seorang peserta ialah 1 unit bersaiz 0.04 hectare. (Minimum eligibility for Fish Pond Project is 1 unit of 0.04 ha. per participant.)
4. Pemindahan teknologi dalam pengembangan akuakultur termasuklah penyebaran lanjutan dan diversifikasi teknologi lama dan memperkenalkan teknologi dan kaedah-kaedah baru yang sesuai. (Technology transfer in aquaculture extension include further dissemination and diversification of traditional technology and introduction of new appropriate technologies and methods.)
5. Keupayaan seseorang pegawai atau kakitangan Bahagian Perikanan Darat dalam menjalankan tugas untuk mencapai tahap hasil kerja yang cemerlang bergantung hanya kepada kemahiran dan pengetahuannya sahaja. (The competency of individual officerss/staff of Inland Fisheries Division to perform up to excellent result depended on his/her skills and knowledge only.)
Seksyen B: Soalan Aneka Pilihan (5 markah) Section A : Multiple Choices Question ( 5 marks )
Baca kenyataan-kenyataan di bawah dan pilih satu jawapan yang paling tepat. Tulis jawapan anda dalam bentuk huruf (a), (b), (c), (d), atau (e). Read the statements below carefully and choose the correct answer. Write your answer in the answer sheet provided in the form of (a), (b), (c), (d) and (e).
1. Yang manakah perkhidmatan berikut tidak diberi dalam skim bantuan kolam ikan (FPSS) kepada penternak golongan termiskin di luar bandar dalam usaha mengeluarkan ikan sebagai sumber protein. (Which of the following service is not provided in the fisheries and aquaculture extension in FPSS in producing fish for protein for poor rural farmers.)
a. Kerja pemasaran dan pengendalian hasil lepas tuai. (Marketing and post-harvesting handling.)
b. Khidmat-khidmat nasihat seperti pemilihan tapak kolam dan membuat rekabentuk dan pembinaan kolam. (Technical advisory services such as site selection pond design and construction.)
c. Menghubungkan peserta dengan beberapa perkhidmatan sokongan seperti pengeluaran dan pengagihan anak ikan. (Linking the participants with supporting services such as fry production and distribution.)
d. Membekalkan beberapa jenis input seperti anak ikan, makanan dan baja. (Provision of materials such as fish fry, feeds and fertilisers.)
e. Rawatan dan kawalan penyakit ikan. (Diseases treatment and control.)
2. Yang manakah di antara berikut pada biasanya bukan peranan stesen pengeluaran anak ikan di Negeri Sarawak? (Which of the followings is not the function of fish production stations in Sarawak?)
a. Berperanan mengeluarkan anak ikan mengikut kuantiti dan kualiti yang disasarkan. (Serve to produce fish fry according to the targeted quality and quantity.)
b. Berperanan sebagai sumber pengeluaran induk ikan yang berkualiti. (Serves as the source of quality broodstock.)
c. Berperanan sebagai pusat latihan untuk para penternak ikan. (Serves as a training centre for fish farmers.)
d. Berperanan sebagai model bagi pengurusan kualiti air dalam membesarkan tilapia merah untuk pasaran. (Serves as a model water quality management for commercial growing out culture of red tilapia.)
e. Pengeluaran anak ikan untuk dilepaskan ke dalam sungai dan tasik. (Production of fish fry for reseeding rivers and lake.)
3. Yang manakah kenyataan berikut bukan aktiviti yang dijalankan oleh Unit Penguatkuasa dan Perlesenan? (Which of the followings is not normally the activity carried out by Enforcement and Licensing Unit?)
a. Membuat pemeriksaan dengan kerap dan teliti ke atas kegiatan-kegiatan penangkapan ikan. (Making frequent and thorough inspection of fish markets fishing activities.)
b. Menjalankan program pendidikan berkaitan dengan pemeliharaan sumber-sumber perikanan darat dan akuakultur. (Conduct education programme on inland fisheries and aquaculture resources conservation.)
c. Menjalankan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan penggunaan kaedah-kaedah penangkapan ikan yang diharamkan. (Enforcement of Rule and illegal fishing methods.)
d. Membuat laporan berkenaan pergerakan ikan di kawasan-kawasan pemeliharaan ikan di Sarawak. (Monitoring mevement of fish migration in fish conservation areas in Sarawak.)
e. Memantau berkenaan kesan-kesan kegiatan akuakultur ke atas sistem-sistem sungai di Negeri Sarawak. (Monitoring the impacts of aquaculture on the river systems.)
4. Yang mana satukah daripada perkhidmatan-perkhidmatan berikut pada biasanya tidak diperuntukkan dalam program Pembangunan Projek Akuakultur secara komersial oleh Jabatan Pertanian Sarawak? (Which one of the following services are not normally provided for in the commercial aquaculture project development programme of the DOA, Sarawak?)
a. Membuat penilaian berkenaan kos dan benefit. (Evaluation of cost and benefits.)
b. Mengumpul data dan maklumat berkaitan dengan projek-projek akuakultur. (Gathering of data and information related to the aquaculture projects.)
c. Memohon kredit untuk projek akuakultur bersaiz kecil dan sederhana. (Applying for credit for small scale and medium size aquaculture projects.)
d. Membuat rekabentuk kemudahan-kemudahan dan peralatan. (Facilities and installation design.)
e. Memperuntukkan perkakas dan input yang diperlukan. (Supply of materials inputs.)
5. Yang mana satukah daripada berikut yang tidak terkandung dalam misi Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Sarawak? (Which of the followings is not embodied in the mission statement of the Inland Fisheries Division of the DOA?)
a. Mengemukakan kepercayaan tentang tujuan-tujuan mengapa Bahagian Perikanan Darat ditubuhkan. (Sets forth the belief as to the purpose for which the IFD is established.)
b. Apakah yang harus dilakukan atau dijalankan untuk mencapai tujuan-tujuan itu? (What it would do to accomplish its basic purpose?)
c. Di manakah ia akan beroperasi untuk mencapai tujuan-tujuan itu? (Where the IFD operates to accomplish its purpose?)
d. Pelan tindakan menyeluruh bagaimana ianya akan mencapai matlamat-matlamat jangka panjangnya. (A general plan of action through which it intends to achieve its long term goals.)
e. Prinsip-prinsip bagaimana ianya harus beroperasi. (The principles under which it should operate.)
Seksyen C: Isi Ruang Kosong ( 5 markah ) Section C : Fill in the blank (5 marks)
Isikan ruang yang kosong dengan jawapan tepat bagi setiap kenyataan di bawah. Tulis jawapan pada kertas jawapan yang disediakan. Fill in the blank with the correct answer for every statement below. Write your answer in the answer sheet provided.
1. Skim untuk rakyat termiskin dinamakan __________________. (The scheme for poor farmers is called _________________.)
2. Saiz maksima kolam ikan untuk seorang pemohon bagi peruntukan geran projek kolam ikan air payau ialah _________________ hektar. (The maximum eligibility for project under grant for brackish water fish porn is ______________hectare per participant.)
3. Nama saintifik bagi ikan tapah yang terdapat di Negeri Sarawak ialah: ______________ ______________. (The scientific name for "Ikan Tapah" found in Sarawak is ______________ ____________.)
4. Salah satu daripada pelbagai keperluan untuk meningkatkan kualiti induk ikan dalam pengeluaran anak ikan ialah _______________. (One of the requirements to improve the quality of broodstock in the production of fish fry is _______________.)
5. Salah satu daripada beberapa sebab mengapa teknologi/kaedah baru tidak diterima oleh petani/penternak ikan ialah________________. (One of the reasons why farmers do not adopt the new technology in fish rearing is______________.)
Seksyen D: Jawab hanya tiga (3) soalan berikut: Section D : Answer only three (3) questions:
Soalan 1/Question 1: (15 markah/15 marks)
a. Bincangkan dengan memberi sekurang-kurangnya empat (4) bahagian Program Penyellidikan dan Pembangunan yang dijalankan oleh Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak. (Discuss by giving example of at least four (4) areas of Research and Development in Inland Fisheries Division.)
b. Nyatakan bagaimana bahagian tersebut diatas ada kaitan dengan Pembangunan Komersial Akuakultur di Negeri Sarawak. (Explain how each of those areas stated above relevant to the commercialisation of agriculture in Sarawak.)
Soalan 2/Question 2: (15 markah/15 marks)
a. Terangkan kepentingan Industri Perikanan Ikan Terubok kepada penduduk tempatan yang tinggal di kawasan pantai Negeri Sarawak. (Explain the importance of Terubok Fisheries to local population residing at the coastal areas of Sarawak.)
b. Senaraikan tidak kurang daripada dua (2) objektif Program Pembangunan Industri Perikanan Ikan Terubok yang dijalankan oleh Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak.( List down at least 2 objectives of Terubok Fisheries Development programme carried out by Inland Fisheries Division of DOA.)
Soalan 3/Question 3: (15 markah/15 marks)
a. Nyatakan empat (4) daripada objektif-objektif Program Pemilihan Sumber Perikanan Darat dan Akuakultur yang dijalankan oleh Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak. (List four (4) objectives of Inland and Aquaculture Resource Conservation Programme of DOA.) b. Huraikan strategi-strategi yang telah dirumuskan untuk mencapai objektif-objektif tersebut. (Discuss the strategies formulated to achieve those objectives.)
Soalan 4/Question 4: (15 markah/15 marks)
a. Senaraikan empat (4) stesen pengeluaran anak ikan yang utama di Negeri Sarawak.(List four (4) of the main fish fry production station in Sarawak.)
b. Huraikan satu daripada kaedah-kaedah pengeluaran anak ikan yang telah membolehkan stesen-stesen tersebut dapat mencapai sasaran pengeluaran anak ikan yang berkualiti.( Describe one of the fish fry production methods that has enable the station to meet their production target both in term of quality and quantity.)
Soalan 5/Question 5: ( 15 markah/15 marks)
a. Dalam Program Pengembangan dan Latihan, apakah perkhidmatan yang telah disediakan oleh Bahagian Perikanan Darat, Jabatan Pertanian Negeri Sarawak kepada para penternak ikan? (Under the Extension And Training Programme of Inland fisheries Division of DOA, what are the services provided to the farmers?)
b. Bagaimanakah perkhidmatan tersebut dapat meningkatkan keupayaan penternak dalam usaha mereka dalam bidang projek akuakultur? (How can these services help to increase the capability of the farmers/fishermen in aquaculture projects?)
[Atas/Top]
|