fb-440
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SUBIS (PPK SUBIS), MIRI
Pertubuhan Peladang Kawasan Subis telah didaftarkan secara rasminya pada 12hb April, 1984 dengan nombor pendaftaran 0003 dan saham yang dibenarkan sejumlah satu (1) juta unit. PPK ini mempunyai keluasan pengendalian seluas 5404 km persegi yang meliputi keseluruhan Daerah Miri iaitu merangkumi 6 kawasan utama melibatkan kawasan Miri Proper, Bekenu, Batu Niah, Niah, Suai dan Bakong.
PROJEK PPK SUBIS:
1. Projek Peladang Q Mart, Miri Projek Peladang Q Mart melangkah setapak menjadi pembekal untuk pasaraya di sekitar bandar Miri. Pada tahun ini, projek ini telah mencapai prestasi yang memberangsangkan.
|
Projek ini memulakan operasinya pada tahun 1998. Pada tahun 2003, projek berpindah ke tapak baru dengan keluasan 5 ha. Bagi tahun 2005, penjualan benih kelapa sawit masih lagi tertumpu kepada ahli-ahli, pekebun kecil serta starikat swasta. |
|
Projek yang mula beroperasi pada tahun 1998 dengan keluasan 0.4 ha telah meningkat keluasan ke 3.0 ha dan mempunyai 25 buah rumah jejaring. Dalam tahun 2005, sayuran ini masih dibekalkan ke kedai Peladang Q Mart, Miri dan kontraktor di Bintulu. Di samping itu, tanaman buah-buahan pelbagai jenis seperti pisang, betik, limau bali dan madu, kelapa pandan dan mangga jenis chakanan masih dijalankan. |
4. Projek Ladang tanaman Campuran (Mixed Farm) di Kuala Baram Projek yang diilhamkan Jabatan Pertanian, Bahagian Miri terletak di Sublot 19, Lot 2108 Kuala Baram Land District dan dimiliki oleh PELITA (LCDA) dengan tempoh sewaan 7 tahun. Mula beroperasi pada penghujung 2002 dengan kelulusan 10.3 ha. Dalam tahun 2005, projek ini telah dikontrakkan kepada ahli PPK Subis untuk diusahakan di mana prestasi bulanan projek akan diawasi setiap bulan. |
|
5. Projek Agromart Bekenu Pada tahun 2005, projek ini terus berkembang maju atas sokongan daripada ahli-ahli PPK Subis. Projek ini terletak di Pekan Bekenu dan berkongsi lot kedai dengan Jabatan Pertanian Bekenu. Urusniaganya melibatkan jualan input-input ladang dan perkidmatan. |
Projek ini beroperasi di Kedai No. 1, Batu niah Bazaar dengan rangkaian perkhidmatan yang melibatkan pembekalan barangan input ladang seperti baja, racun serangga, racun rumpai, racun kulat dan peralatan ladang khasnya untuk ahli-ahli di kawasan sekitar Batu Niah, Niah dan Suai. Pada tahun 2005, projek ini berkembang dengan maju atas sokongan ahli-ahli PPK Subis. |
|
Projek ini beroperasi bagi mengeluarkan pembekalan barangan input ladang dan lain-lain untuk peserta skim yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Bahagian Miri. |
Di dalam aktiviti pemasaran PPK Subis untuk tahun 2003, ianya tertumpu kepada pembelian dan penjualan Lada Hitam dan Putih serta Baja Sawit MOPB F1 yang melibatkan tiga (3) projek iaitu Projek Agromart Bekenu, Agrobakong dan Kedai Batu Niah. |
|
Di dalam aktiviti ini, PPK Subis menawarkan perkhidmatan pengankutan buah sawit di Kedai Agrimart dan Kedai Batu Niah. Dalam tahun 2004, projek Kelompok Baja Terselia Kluster Subis telah dimulakan dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). |
10. Penggemukan Lembu Di Karabungan Projek ini terhasil dari cadangan oleh Bahagian Veterinar di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Sarawak. Projek dimulakan pada 26 Julai 2004, di stesen Karabungan dengan 80 ekor lembu. Namun pada awal 2005, projek ini telah diberhentikan. |
|
Ini adalah anak syarikat PPK Subis yang telah didaftarkan pada 17 Februari 2005 di bawah Akta Syarikat 1965. Subis New Vision mula beroperasi sepenuhnya dengan perlantikan seorang pengurus pada 1 September 2005. |
Aktiviti sosial PPK Subis (Aktiviti Perkhidmatan Pengembangan Dan Pemajuan)
Pada tahun 2005, perkhidmatan dan pemajuan Pertubuhan Peladang Kawasan Subis masih tertumpu kepada pemberian derma kepada keluarga ahli yang meninggal dunia. Sumbangan kepada badan-badan amal untuk kegiatan sosial ahli seperti mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Hari Gawai Dayak, Majlis Al-Wida untuk ahli yang akan ke tanah suci serta mengadakan Majlis Tahun Baru untuk ahli yang berbangsa Cina. Tidak lupa juga, kebajikan warga pekerja dengan mengadakan Hari Keluarga PPK Subis 2005. PPK Subis juga mengadakan perkhidmatan Insuran Takaful untuk Khairat Kematian dan Insuran Kumpulan Petani serta Insuran Biasa seperti Kebakaran dan Kenderaan. PPK Subis juga memberi saguhati kepada anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM.
Tarikh
|
Aktiviti
|
Tempat
|
Penglibatan Kehadiran
|
10.12.2005
|
Al-Wida 2005 | Bekenu |
100 orang
|
18.02.2005
|
Tahun Baru Cina | Gloria Hotel, Miri |
100 orang
|
10.06.2005
|
Hari Gawai Dayak | Rh Bada, Suai |
100 orang
|
12.11.2005
|
Ramah Tamah Aidilfitri | Bekenu |
100 orang
|
Perkara
|
Telah Diagihkan
|
Jumlah Besar (RM)
|
|||||||
1987
|
1993
|
1999
|
2000
|
2001
|
2002
|
2003
|
2004
|
||
Dividen | 13,941.00 | 12,961.60 | 16,254.00 | 16,254.40 | 18,331.00 | 18,474.00 | 29,365.00 | 29,454.00 | 155,035.00 |
Bonus Langganan | 2,241.10 | 821.80 | 4,454.00 | 13,515.15 | 8,335.01 | 5,787.00 | 11,707.00 | - | 46,861.06 |
PENANAMAN PETAI BOLEH DIKOMERSIALKAN
BEKENU : Konsep "satu kampung satu produk:, inilah yang dilaksanakan oleh sebuah kampung di Daerah Bekenu, Miri dengan produknya "buah petai". Salah seorang daripada pengusaha projek tersebut, Encik Achi bin Haji Amin dari Kampung Pejuang, Sg. Kelulit, Bekenu, pada mulanya berkecimpung dengan projek penanamanpetai secara kecil-kecilan sebelum berganjak menuju ke arah komersial pada masa ini. |
Bagi Encik Achi bin Haji Amin, beliau mula berjinak-jinak dengan tanaman petai atau nama saintifiknya "Parkia speciosa" lebih 10 tahun yang lepas. Dengan kesesuaian tanah yang rata dan agak kering, pokok petai yang memang terdapat asalnya di kawasan ini mendorong beliau dan rakan-rakannya menceburi diri dalam projek ini. Kini beliau mempunyai lebih 200 pokok petai dalam kawasan seluas 5 ekar. Hasil Sambil menunggu hasil daripada projek baru, beliau kini mendapat hasil agak lumayan daripada pokok yang ditanam dahulu. Beliau yakin bahawa dengan keluasan projek yang lebih besar, pendapatan akan berlipat ganda pada masa akan datang. "Walaupun buah petai bermusim tapi pada pengalaman saya, ia boleh mengeluarkan hasil sepanjang tahun. Namun musim berbuah utama ialah pada bulan Ogos hingga Januari tiap-tiap tahun," jelas beliau. Pokok petai mula mengeluarkan hasil selepas berumur empat tahun dan menjangkau sehingga 15 tahun. Purata hasil pada setiap pokok adalah di antara RM200 hingga RM500 bergantung kepada saiz buah. Menurut beliau, tidak ada masalah dengan pasaran dan kebanyakan hasil dijual di tepi jalan di pasar Bekenu, di samping dipasarkan ke negara jiran. |
|
Penglibatan Agensi Kerajaan Penanaman komersial projek petai ini bermula pada tahun 2001 dengan terbinanya parit dan infrastruktur di kawasan tersebut oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. Kini lebih besar lagi kawasan dibuka untuk projek penanaman petai dan hampir semua penduduk di sini melibatkan diri dalam projek ini. Difahamkan setiap petani telah menanam kira-kira 100-200 poko petai seorang tetapi Jabatan Pertanian hanya memberi subsidi kepada 50 pokok atau 0.6 ha sahaja untuk setiap petani. Selebihnya ditanggung oleh mereka sendiri. Dengan jarak tanaman 30 x 30 kaki persegi, ada juga kebun yang diselang seli dengan poko-pokok lain seperti rambutan, cempedak dan nanas untuk menambah pendapatan. |
Jenis Petai Jenis pokok petai yang ditanam di sini ialah jenis tempatan yang mereka panggil "petai kelulit" bersamaan dengan nama kampung mereka. "Asalnya memang daripada kawasan ini dan ia mempunyai keunikannya tersendiri," jelas Encik Achi. Satu sifat yang ketara pada jenis ini ialah pokoknya agak rendah dan ini menyenangkan pengutipan buah tanpa menebang pokok atau memotong dahan. Ia juga cepat mengeluarkan hasil kalau dibandingkan dengan pokok petai daripada kawasan lain di Sarawak. Di samping itu rasa buahnya juga sedap. |
PENGUSAHA IKS
|
KUALA BARAM : Nama Puan Hjh. Dayang Masnah Hj. Awang Yassin yang berasal dari Kpg. Masjid, Kuala Baram, memang tidak asing lagi bagi penduduk di bahagian Miri dan juga di jawasan Kuala Baram. Produk kerepek keladi pedas keluaran pusat memproses makanan beliau di bawah nama 'Perusahaan Zaimas' memang senonim dengan Puan Dayang Masnah kerana inilah produk hasil beliau sendiri yang menerima sambutan hangat bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan bahkan di negara jiran Brunei Darulsalam dan sabah.
|
Puan Dayang Masnah mula melibatkan diri dalam pengusahaan kuih asli pada tahun 2001 di bawah Skim Industri Kecil dan Sederhana bimbingan Jabatan Pertanian Sarawak Cawangan WEDA. Dengan peruntukan sebanyak RM45,000.00, beliau yang dibantu oleh suaminya, seorang pesara guru, mendirikan sebuah rumah sebagai pusat memproses makanan untuk menempatkan mesin-mesin dan peralatan untuk menghasilkan kuih asli ini.
|
|
Pengeluaran dan Pendapatan Oleh kerana beliau kekurangan tenaga dan bekalan bahan, pengeluaran pusat ini kurang memuaskan kerana tidak mampu menampung permintaan daripada pasaraya di bandar Miri dan negara jiran. Menurut beliau, keluaran bulanan sejumlah 500-700 kg hanya cukup untuk menampung permintaan daripada pelanggan dan juga gerai-gerai berdekatan. Terdapat lebih 40 'outket' untuk pasaran produk beliau. Semua penjualan produk direkod dan penyata bulanan akan dihantar ke Jabatan Pertanian Sarawak untuk pemantauan. Daripada penyata terkininya, terdapat hasil jualan kasar mencecah RM6,000.00 sebulan dan keuntungan bersih mencapai RM3,000.00 setelah ditolak perbelanjaan termasuk gaji dua orang pekerjanya. Selepas lima tahun beroperasi, pusat memproses makanan ini telah menghasilkan lima jenis produk iaitu: a. kerepek pisang (pisang kapok) |
Bahan-bahan bekalan Beliau mendapat bekalan daripada merata-rata tempat tetapi keladi Thailand dan isang tanduk hanya boleh ditempah daripada petani dari Kpg. Pujut Padang Kerbau di Miri dengan harga RM1.50 sekilogram.
Beliau pernah mengikuti pertandingan membuat makanan ringan semasa HPPN di Miri pada tahun 2003. Seperti yang dijangka, produk kerepek keladinya mendapat johan, kuih aslinya (serbana) mendapat hadiah kedua dan kerepek pisangnya mendapat hadiah ketiga. Kursus Untuk mendalamkan lagi kemahiran dan keupayaan menghasilkan produk yang berkualiti dan berterusan, menghadiri kursus yang relevan amatlah diperlukan. Oleh yang demikian, beliau telah dipanggil untuk menghadiri beberapa kursus termasuk pengurusan pemasaran dan kursus pembungkusan produk anjuran Jabatan Pertanian Sarawak dan agensi-agensi berkaitan. |