Agriculture Institute


      Menu Utama    l    Objektif    l    Akademik    l    Muat Turun Borang    l    Galeri Potret    l    Hubungi Kami


PENGENALAN



   

Ditubuhkan pada tahun 1983, Institut Pertanian Sarawak adalah sebuah Institusi Latihan Jabatan Pertanian Sarawak yang kompeten dan berpengalaman luas dalam bidang latihan, khususnya dalam pengeluaran modal insan untuk sektor pertanian.

Institut ini menawarkan latihan teknikal dan berkualiti dalam pelbagai aspek pertanian, meliputi bidang pengurusan dan teknologi pengeluaran tanaman, memproses hasil pertanian, ternakan, perladangan, mekanisasi ladang dan landskap.

Perkhidmatan latihan ini terbuka kepada individu yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan.

Sijil yang ditawarkan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.







Pengetua,
Institut Pertanian Sarawak,
Semongok,
Beg Berkunci 3023,
93990 Kuching,
SARAWAK
Tel: 082-611341