Keledek
PENGENALAN
Nama Saintifik: Ipomoea batatas
Asal: Bahagian Tropika Benua Amerika
Famili: Convolculaceae
Sesuai ditanam: Kawasan 40o U hingga 30o S.
Kandungan Zat Makanan: Karbohidrat, Vitamin A
JENIS :
Ubi Berair |
Ubi Jenis Kering Jenis ini tidak mudah lembut apabila digoreng atau direbus. Lazimnya berkulit putih manakala hasilnya kurang sedikit berbanding dengan jenis berair. Varieti Gendut tergolong dalam kumpulan ini. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
VARIETI : |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(i) Varieti Gendut (MSP 94) Varieti ini diperolehi dari MARDI Semenanjung. Ciri kualiti pemakanan ini sesuai untuk makanan segar disamping boleh mengganti ubi kentang dalam masakan kari. Berdasarkan ciri-ciri ini, Jabatan telah mengesyorkan penanaman varieti ini. |
Ciri-ciri Varieti Gendut Daun berbentuk hati, pucuk daun berwarna hijau muda dan gagang hijau. Batang warna hijau, kulit ubi berwarna aperang kekuningan, licin dan nipis sementara isinya berwarna putih.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(ii) Varieti Cina Varieti ini agak popular di kalangan penduduk tempatan. Isinya empuk dan agak basah apabila direbus atau digoreng.
|
Ciri-ciri Varieti Cina Daun berbentuk hati, pucuk daun berwarna hijau dengan garisan ungu di tepi daun dan gagang daun hijau dengan ungu di bahagian berhampiran batang. Batang hampir keseluruhan berwarna ungu, kulit ubi berwarna jingga, menggerutu dan nipis sementara isinya juga berwarna jingga. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bagi mendapatkan hasil tinggi, ubi keledek memerlukan keadaan panas yang berpanjangan iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan. Ia dapat hidup dengan subur sekiranya mendapat cukup kelembapan tetapi tidak tahan kepada keadaan air yang bertakung. Jika ia ditabama di tanah yang agak basah dan lembab, biasanya ubi segar yang dihasilkan tidak empuk isinya. Namun, ia tahan terhadap keadaan cuaca kemarau. Tanah yang paling sesuai ialah tanah gembur berpasir, mengandungi banyak bahan organik dan kadar penyerapan air yang baik. Tanah yang terlalu berpasir akan menyebabkan ubi yang dihasilkan berbentuk memanjang. Tanah liat juga kurang sesuai kerana kekurangan bahan organik dan tidak gembur untuk pertumbuhan ubi yang optima. Ia juga sesuai ditanam ditanah gambut yang telah matang dan mempunyai sistem perparitan yang baik.
Penyediaan Tanah Tapak penanaman perlu dibajak dan diputar. Sekali bajak dan putar sudah mencukupi. Batas berukuran 60 cm lebar dan 30 cm tinggi disediakan. Penyediaan Bahan Tanaman Ubi keledek boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu keratan atau ubi. Penggunaan keratan lebih murah dan mudah. Keratan ditanam terus ke ladang atau dibiak dahulu untuk mendapatkan keratan yang sama umur dan masa pembiakannya selama 50-60 hari. Kemudian batang yang telah dibiak perlu dipotong menjadi keratan berukuran 20-30 cm. Penanaman Di Ladang Keratan sepanjang 20 cm dimasukkan ke dalam tanah dan 10 cm lagi dibiarkan di atas tanah. Jarak penanaman: 1 m x 0.3 m (1 ha - 33,333 keratan)
Penyiraman Sekali sehari dalam cuaca yang panas dan kering. Pengurusan Tanaman Batang-batang yang menjalar keluar batas perlu diangkat ke atas batas supaya akar tidak tumbuh di buku-buku sepanjang batang. Kerja-kerja ini dilakukan sebulan sekali atau bergantung kepada keadaan tanaman. Jika ini dibiarkan akan menghasilkan ubi-ubi yang kecil di batang utama. Merumpai Rumpai di antara barisan dan di atas batas (cangkul atau bahan kimia). Racun rumput pra-cambah tidak mendatangkan bahaya kepada keratan-keratan yang baru ditanam. Sebaiknya meracun rumpai dilakukan sebelum penanaman keratan di ladang. Pembajaan
MEMUNGUT HASIL Kebanyakan jenis ubi keledek boleh dipungut 3-4 bulan selepas ditanam. Daun dan batangnya perlu dibuang sebelum ubi dipungut. Cangkul tanah disisi batas agar ubi digali dengan mudah. Ubi kemudian dipungut dan dikelas mengikut saiz untuk tujuan pasaran. Varieti Gendut dan Cina boleh mengeluarkan hasil ubi segar sebanyak 20-25 mtan sehektar jika ditanam di tanah mineral dengan amalan agronomi yang disyorkan. Bagi tanah gambut, ia boleh mengeluarkan hasil ubi segar sebanyak 10-15 mtan sehektar dan di tanah asid sulfat didapati Varieti Cina boleh mengeluarkan hasiol sebanyak 10-15 mtan sehektar.
PENYAKIT DAN PEROSAK Penyakit (i) Keropeng (agen penyebab: Elsinae batatas) Tanda-tanda: Patogen ini menyebabkan binti-bintik pada urat daun, petiol, lai daun dan batang. Bintik-bintik ini kecil, bulat hingga eliptikal yang berwarna coklat yang dikelilingi oleh warna ungu. Bahagian terkena jangkitan menjadi berkabus dan kemunculan keropeng, tisu-tisu menjadi berubah bentuk, cacat dan pertumbuhan terbantut. Cadangan kawalan:
Organisma penyebab: Cercospora timorensis Tanda-tanda: Bintik-bintik halus berwarna perang , berbentuk bulat dan bersiku-siku pada daun. Serangan teruk menyebabkan daun luruh. Kerap terjadi dalam keadaan cuaca lembab. Cadangan kawalan: Serangan teruk - guna racun kulat seperti Maneb atau Zineb. Perosak (i) Kumbang (Cylas formicarius) Serangga ini paling teruk merosakkan ubi keledek. Kumbang dewas memakan bahagian permukaan ubi dan larvanya membuat saluran dalam batang dan ubi. Serangan boleh dikesan apabila kelihatan lubang-lubang halus pada ubi. Cadangan Kawalan:
Tikus biasa memakan yang terdedah di permukaan tanah. Seranggan yang serius boleh menyebabkan kerugian besar. Umpan yang mengandungi racun walfarin boleh digunakan. ANGGARAN KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN SEMUSIM Anggaran untuk:
Kos Pengeluaran
Anggaran Pendapatan Semusim
Sumber: Penanaman Ubi Keledek, disusun dan disunting oleh Seksyen Editorial, Jabatan Pertanian Sarawak [Atas] |