Tahniah kepada Penerima Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Limbang

Disiarkan pada 10 Apr 2026
Sumber Berita: FB Jabatan Pertanian Sarawak


10 April 2026 | LIMBANG – Yang Berusaha Encik Dominic Anak Chunggat, Pengarah Pertanian Sarawak telah menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Limbang yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Antara warga kerja Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Limbang yang menerima pingat perkhidmatan setia adalah AAO Dison Tagal,SCDA Rangai Balang,SCDA Latipah Binti Latip dan PKA Jeffry Sarang Ukab.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima atas pengiktirafan yang diberikan. Semoga penghormatan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, amanah dan cemerlang.

Dalam kesempatan yang sama, beliau turut melawat Reruai Perkhidmatan Jabatan Pertanian Sarawak kepada Usahawan Industri Asas Tani, serta meninjau status persiapan Jawatankuasa Jamuan Jabatan Pertanian Sarawak bagi Program Sarawakku Sayang Limbang.

Turut hadir bersama Encik Amirul Fikri Bin Jemali, Pegawai Pertanian Bahagian Limbang, pegawai dari Ibu Pejabat dan bahagian Limbang.