USAHASAMA PENYELIDIKAN PADI HYBRID DI STESEN PENYELIDIKAN PERTANIAN SESSANG, KABONG

Posted on 20 Mar 2026
Source of News: FB Jabatan Pertanian Sarawak


Kabong, 20 Mac 2026 – Yang Berusaha Encik Dominic Anak Chunggat, Pengarah Pertanian Sarawak telah mengadakan lawatan tapak ke Stesen Penyelidikan Pertanian Sessang, Kabong bagi meninjau perkembangan tanaman padi hibrid yang diusahakan oleh Green World Genetics (GWG).

Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara dekat kemajuan hasil kajian tanaman padi hibrid GWG. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha strategik dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran padi serta menyokong sasaran Tahap Sara Diri (SSR) beras negeri.

Sepanjang lawatan, Pengarah turut berinteraksi dengan pegawai GWG bagi mendapatkan maklum balas serta berkongsi pandangan dalam memperkukuh pengurusan tanaman dan penggunaan teknologi yang bersesuai di kawasan tersebut.

Turut hadir En Low Kok Leong, Pengurus GWG Debak, Encik Bidat Kasi, Penolong Pegawai Pertanian dan wargakerja Jabatan Pertanian Daerah Saratok
Sumber : Jabatan Pertanian Bahagian Betong