
12 Mac 2026 | KUCHING – YB Dato Ir. Lo Khere Chiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.13 Batu Kitang telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berusaha Encik Dominic Anak Chunggat, Pengarah Pertanian Sarawak di Jabatan Pertanian Sarawak (Ibu Pejabat), Kuching.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh pembangunan sektor pertanian di kawasan Batu Kitang, khususnya dalam aspek pembangunan tanaman makanan, sokongan kepada petani serta pelaksanaan inisiatif pertanian moden yang mampu meningkatkan produktiviti dan pendapatan komuniti setempat.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh sektor tanaman dan perikanan darat, termasuk menggalakkan penglibatan pemain industri bagi mempercepatkan pengeluaran berskala besar melalui pengwujudan complete supply chain yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai daripada pengeluaran hingga ke pemasaran. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada pembangunan subsektor tanaman makanan serta perikanan darat atau akuakultur di Sarawak.
Usaha ini diharap dapat memperluaskan peluang ekonomi kepada komuniti petani dan pengusaha tempatan di samping menyokong agenda pembangunan sektor agromakanan yang lebih mampan dan berdaya saing di Sarawak.
Sumber : Bahagian Komunikasi Korporat, Transformasi dan Digitalisasi