KHAMIS, 4 JANUARI 2023
LAWAS: Projek Ikan Sangkar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lawas di Kampung Noor Islam Laut, Kuala Lawas mampu menjadi landasan bagi memartabatkan ekonomi masyarakat tempatan melalui akuakultur inovatif sambil mengekalkan alam sekitar dan standard operasi.
Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datu Ubaidillah Abdul Latip bersama rombongan baru-baru ini telah turun padang untuk melihat sendiri perkembangan projek tersebut dan menilai kebolehlaksanaan teknologi yang digunakan.
Sementara itu, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dalam satu kenyataan memberitahu, projek yang dimulakan pada September 2023 ini dipantau rapi oleh PNK Lawas bagi memastikan kelestarian projek dan kualiti hasilnya.
Jelasnya, inisiatif ini adalah sebahagian daripada program Community@SCORE RECODA yang melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan PNK Lawas, menggunakan sistem tangki ‘super-intensive’ di lima sangkar yang dijangka dapat meningkatkan penternakan udang putih dan tilapia.
Pendekatan inovatif ini juga dijangka mampu menghasilkan hasil tangkapan sebanyak satu tan setiap sangkar dalam tempoh empat bulan, meningkatkan produktiviti dan menggalakkan amalan lestari.-EDISI UKAS