PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN SEMONGOK : LATAR BELAKANG



PUSAT PENYELIDIKAN PERTANIAN SEMONGOK


Mengenai Kami

Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) Semongok, Ibu Pejabat Pentadbiran Bahagian Penyelidikan, Jabatan Pertanian Sarawak telah ditubuhkan dalam tahun 1967 sebagai Ibu Pejabat untuk Bahagian Penyelidikan. Ia terletak di Semongok, 21 kilometer dari bandar Kuching di mana kebanyakan kerja-kerja penyelidikan dilakukan di sini. Di samping itu, terdapat tujuh (7) stesen penyelidikan/percubaan yang terletrak di pelbagai kawasan di Sarawak. Setiap stesen digunakan untuk tujuan yang spesifik bergantung kepada jenis tanah.

ARC Semongok mempunyai tanah seluas 203 ha. Separuh daripada keluasan tanah tersebut telah dibangunkan bagi penyelidikan di lapangan manakala 60 ha digunakan sebagai Zon Pengeluaran Tanaman Kekal (TKPM) pada masa kini. Pusat Penyelidikan ini dilengkapkan dengan rumah-rumah tumbuhan dan makmal-makmal untuk menampung kerja-kerja penyelidikan. Ia bertanggungjawab menjalani penyelidikan tanaman yang relevan dengan sector pertanian.

 

Ia menyediakan sokongan teknologi yang perlu sebagai panduan dalam pembangunan industri makanan dan pertanian di Sarawak bersama-sama dengan agensi lain seperti MARDI (Malaysian Research and Development Institute) Cawangan Sarawak, MPOB (Malaysian Palm Oil Board) dan institusi penyelidikan yang lain.

Bahagian Penyelidikan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan). Beliau akan melaporkan secara langsung kepada Timbalan Pengarah (Sektor Modenisasi) dan Pengarah Pertanian Sarawak.

 

Bahagian Penyelidikan telah disusunatur kepada empat (4) cawangan bagi menjalankan fungsi-fungsinya. Cawangan-cawangan tersebut terdiri daripada (i) Cawangan Pentadbiran dan Kewangan, (ii) Cawangan Pengeluaran Tanaman & Teknologi Lepastuai, (iii) Cawangan Kesihatan Tanaman & Bioteknologi Agro dan (iv) Cawangan Khidmat Sokongan Penyelidikan. Di dalam cawangan-cawangan tersebut, terdapat pelbagai seksyen seperti Pentadbiran Am, Pengurusan Ladang, Padi, Buah-buahan, Sayur-sayuran dan Tanaman Ladang, Pembiakan Tanaman & Tanaman Pelbagai, Penyelidikan Pasaran & Lepastuai, Bioteknologi Agro, Patologi Tumbuhan, Entomologi, Khidmat & Penyelidikan Sisa Racun Perosak, Kimia Analisis dan Biometri & IT.

 

Penyelidikan Tanaman Ladang

Objektif utama penyelidikan tanaman ladang adalah untuk mengenalpasti tanaman-tanaman yang berpotensi untuk dijadikan komoditi komersil yang berdaya maju untuk dibangunkan menjadi industri di Sarawak.  Oleh yang demikian, penyelidikan memfokuskan ke atas pemilihan bagi varieti tempatan & yang diimport yang baik serta mempunyai  hasil tinggi serta pembangunan pengeluaran yang telah ditambahbaik & pakej teknologi produk.  Sebagai tambahan, kajian juga dibuat dengan menanam tanaman ladang di bawah sistem pengeluaran organik. Tanaman utama masakini di bawah  penyelidikan termasuklah ubi kayu, ubi keledek, taro, keladi jagung bijian dan jagung manis.


Penyelidikan Perladangan Organik

Kerja penanaman sayur-sayuran terpilih dan tanaman ladang di bawah sistem perladangan organik sedang dijalankan. Objektif-objektif adalah seperti: (i) membangunkan pakej teknologi perladangan organik bagi tanaman terpilih (ii) membangunkan ladang penyelidikan di ARC untuk generasi teknologi dan demonstrasi,  (iii) menyediakan pusat latihan untuk staf dan petani dan (iv) berkhidmat sebagai pusat sumber untuk bahan tanaman dan biji benih organik.

 

Pembiakan Tanaman Dan Germplasma Lain-Lain Tanaman

Seksyen Pembiakan Tanaman Dan Germplasma Lain-Lain Tanaman dikenali sebelum ini sebagai Seksyen Herba, Lada Hitam dan Rempah Ratus Lain.  Seksyen ini mengekalkan koleksi germplasma bagi  pelbagai tanaman utama (kelapa, kopi, teh, koko, buluh), rempah ratus termasuk lada hitam dan herba tumbuhan ubat-ubatan.  Kebun herba telah diwujudkan di Semongok dan Stesen Rampangi.
    
Seksyen ini juga telah mengusahakan kerja pemilihan varieti dan kaedah penanaman baru untuk terung asam (Solanum lasiocarpum). Kerja penulenan bagi padi terpilih juga telah dijalankan untuk kerja pembiakan.


Pemindahan Teknologi

Seksyen Pemindahan Teknologi berkhidmat untuk menyebarkan teknologi yang dihasilkan di ARC Semongok kepada pelanggan yang disasarkan. Pegawai Penyelidik di seksyen ini akan menganjurkan pelbagai kursus,  conduct various training courses, mewujud dan mnengekalkan plot-plot germplasma di stesen, plot demonstrasi dan plot ladang percubaan di tiga (3) wilayah, dikenali sebagai Wilayah Utara, Wilayah Tengah dan Wilayah Selatan.


Penyeldikan Padi

Matlamat utama adalah untuk membangunkan pakej teknologi untuk  pekebun kecil dan sektor komersial bagi menambahbaik produktiviti padi dalam negeri.
    
Penyelidikan telah dijalankan ke atas penilaian varieti termasuk varieti padi hybrid tropika yang diimport. Kerja juga dijalankan ke atas penulenan padi Bario, Biris, Bajong dan Wai yang berkualiti bagi pemilihan dan kerja pembiakan serta  amalan kultur dan agronomi bagi varieti terpilih termasuk padi Bario.


Penyelidikan Tanaman Sayur-sayuran

Objektif adalah untuk membangunkan bahan tanaman yang berkualiti dan menghasilkan teknologi untuk pengeluaran komersial yang mampan.  Fokus diberikan ke atas  on penggantian import sayur-sayuran, sayur-sayuran biasa dan sayuran tempatan.
    
Varieti cangkuk manis keriting telah dihasilkan daripada program pembiakan sayur-sayuran. Kerja penyelidikan memfokuskan pembangunan, penambaikan dan promosi ke atas alternatif sistem-sistem mampan dalam menghasilkan sayur-sayuran bebas racun perosak oleh penanam di dalam negeri.
    
Kerja dijalankan bagi pembangunan amalan kultur dalam penanaman komersial untuk sayur-sayuran tempatan seperti midin dan terung asam.

Makmal Penyelidikan & Khidmat Analitikal

Seksyen Kimia terdiri daripada Unit Tanah, Unit Makanan & Tumbuhan, Unit Baja, Unit Air & Aliran dan Unit Sisa Racun Perosak. Makmal Kimia Analitikal  telah diiktirafkan di bawah  MS ISO/IEC 17025:2005 manakala Makmal Sisa Racun Perosak telah diiktirafkan di bawah  MS ISO 9001:2008.
    
Penyelidikan memfokuskan (i) pembangunan kaedah analitikal baru atau yang telah ditambahbaik untuk nutrien, logam berat dan  and sisa racun perosak dalam tanah, tumbuhan, baja, air, lodakan dan produk makanan, (ii) pembuangan racun perosakdan tanaman  dan alam sekitar, (iii) kejadian racun perosak dalam tanah, air dan lodakan, dan (iv) antioksidan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan.


Penyelidikan Tanaman Buah-buahan

Objektif utama adalah untuk membangunkan pakej teknologi  pengeluaran yang sesuai yang boleh diadaptasi oleh penanam buah-buahan dan usahawan-usahawan di Sarawak. Ia merangkumi kedua-dua tanaman buah-buahan tempatan dan komersial. Fokus sebelum ini lebih membri keutamaan kepada buah-buahan seperti dabai, durian kuning and nyekak, isau dan embawang.  Penekanan seterusnya adalah ke atas buah-buahan terpilih seperti limau madu, papaya, pomelo, tembikai wangi, nangka, jambu batu dan avocado. 

Germplasma buah-buahan yang hidup dikekalkan kebanyakannya di Stesen Pertanian Bersepadu Layar, Betong dengan koleksi lebih kecil di ARC. Koleksi tersebut  mempunyai 75 spesis pokok buah tempatan mewakili 18 keluarga  tumbuhan yang menghasilkan buah-buahan yang ketara berkualiti. Dua klon dabai yang unggul , iaitu Laja dan Lulong, 3 klon durian nyekak yang unggul (DK5, DK6 and DK8), dan 4 klon  durian kuning adalah dalam proses penghasilan bagi penanaman berskala besar.

Postharvest Research

The main objective of the post-harvest research programme is to improve pre-harvest practices, post-harvest handling, supply chain, cold storage management and quality assurance system of local fresh horticultural produce and products. It mainly focuses on post-harvest biology, product development and processing.

A number of dabai products such as dabai cakes, dabai cookies, pitted dabai, dabai paste and dabai soap, and terung asam products such as dehydrated terung asam, terung asam juice, Tiung Delite, terung asam crackers, terung asam ice cream, cakes and cookies have been developed for commercialisation.


Biometry & Computerisation Services

The Section provides guidance on the use of experimental designs in research and to support statistical analysis needed in experimentation. It is also responsible for the development of ICT facilities for ARC to improve office automation, information access, sharing and transfer through networking.


Agrobiotechnology Research

The three main thrusts of the Agrobiotechnology research programme are genetic resource management, genetic improvement and cell culture, and diagnostic. The objectives are to: (i) develop molecular markers for genetic assessment, authentication and conservation of elite agriculture crops, (ii) develop potential derivatives from selected crops, (iii)  develop crop varieties with desirable traits, (iv)  mass produce selected elite crops, (v) identify and mass produce cell metabolites and beneficial microorganisms through cell culture technology, and (vi) develop diagnostic kits and methods for disease detection and management.


Plant Pathology Section

The main objective of the Plant Pathology Section is to carry out research on disease management of agricultural crops, with the aim to reduce crop losses in Sarawak. Research covers the etiology, epidemiology and management of plant diseases. The Section also provides diagnostic and advisory services to growers, agricultural extension staff and crop research officers.


Entomology Section

The Entomology Section was established when the Centre was established to provide insect pest identification and advisory services to the growers and public. The Section  maintains an Insect Reference Collection of more than 10,000 specimens which consists of 7841 identified specimens belonging to 11 Orders and 199 Families. The Section also maintains a pictorial pest identification database to expedite the identification services.
    
The research activities focus on management of banana pests, golden apple snail, fruit flies, and on non-chemical control measures for major pests of vegetables.