IF-tiger prawn
PERKHIDMATAN PELESENAN PERIKANAN DARAT |
||||||||||||||||||||||||||
TERNAKAN UDANG HARIMAU Permit Untuk Kolam Udang Harimau (Peraturan 29, Ordinan Perikanan Negeri 2003) Permit adalah diperlukan untuk membina kolam udang harimau. Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat Pertanian di seluruh bahagian Sarawak. Prosedur Memohon Permit Untuk Kolam Udang Harimau Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat Unit Penguatkuasa dan Pelesenan atau melalui Pejabat Pertanian Bahagian bersama-sama dengan salinan dokumen yang disahkan sebanyak 7 set.
Permit akan dikeluarkan setelah permohonan diluluskan oleh Panel Pelesenan Udang Harimau. Bayaran unit permit - RM50.00. Mengusaha dan menternak udang harimau tanpa permit atau lesen yang sah adalah satu kesalahan.
Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Apabila pembinaan kolam telah siap, pemohon hendaklah memaklumkan kepada pejabat ini untuk pemeriksaan ke atas projek. Sekiranya permohonan projek mengikut spesifikasi dalam permit, pemohon akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 untuk Sijil Pengesahan (kegunaan kolam untuk akuakultur) seperti dalam peraturan 30. Lesen Untuk Menternak Udang Harimah (Peraturan 28, Ordinan Perikanan Negeri 2003) Selepas pengesahan, pemohon dikehendaki memaklumkan kepada pejabat ini secara bertulis untuk mengeluarkan lesen menternak udang. Bayaran untuk lesen ialan RM20.00 (min) sehektar setahun (Jadual Ketiga) dan perlu diperbaharui secara tahunan sebelum tamat tempohnya. Syarat-syarat dan terma-terma kandungan lesen mestilah dipatuhi oleh pengusaha/ penternak untuk kemampanan industri akuakultur. Kegagalan untuk mematuhi boleh disabit kesalahan dan lesen ditarik balik.
atau Pegawai Perikanan di Pejabat Pertanian Bahagian dekat anda:
[ kembali ] |