Rumbia
1. Nama Tempatan: Rumbia (Metroxylon sp.)
3. Penanaman: Sulur diambil daripada kebun yang telah matang dan seterusnya disediakan untuk bahan tanaman. 4. Jarak Tanaman: 10m x 10m (100 pokok/ha) 5. Pembajaan: Syor pembajaan 3 kali setahun dengan kadar seperti berikut (kg/ha):
6. Penuaian Masa untuk pokok rumbia boleh dituai bergantung kepada keadaan kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut. Penuaian boleh dilakukan sama ada secara manual dengan menggunakan kapak atau secara mekanikal menggunakan gergaji elektrik. Batang rumbia dipotong kepada bahagian-bahagian kecil untuk memudahkan pengangkutan. Batang rumbia yang telah dipotong seboleh-bolehnya tidak melebihi 2 hari ditinggalkan di ladang bagi mengelak kemerosotan kandungan kanji. Bahagian-bahagian yang telah dipotong hendaklah dihantar ke kilang pemprosesan sebeberapa segera. (Rujukan: Sago, Cultivation & Processing, Leaflet No.98). 7. Kegunaan Kanji yang didapati daripada pokok rumbia seakan-akan sama dengan kanji yang didapati daripada jagung, ubi kentang, ubi kayu dan gandum dan boleh digunakan untuk membuat roti, biskut, kek, mee, keropok, cendol, puding, kway-tiew, sos cili dan sos tomato. "Sagu" dan "tebaloi" adalah dua jenis makanan tradisi Melanau yang sangat digemari yang diperbuat daripada tepung rumbia. Tepung rumbia boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa (MSG), sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, gum gula-gula, tekstil, kertas, pelekat, gam, bahan pembeku, plastik dan lain-lain.
|
||||||||||||||||||||||||
Sumber: Scheme Mechanics, 9MP (2006-2010) Sago Industry Development Programme, June 2006 , Sago: Cultivation & Processing, Leaflet No.98). |