Nangka

 

Nangka


PENANAMAN NANGKA

1. Nama Tempatan: Nangka (Artocarpus heteropyllus)

  Picture

2. Varieti yang disyorkan:

Klon Ciri-ciri
J29 Buahnya agak besar, bujur (10 kg) dengan kulitnya berwarna kuning kehijauan. Isinya besar dan tebal, kemerahan, halus, pejal and manis. Kurang bergetah.
J31 Bersaiz kecil ke sederhana, berbentuk memanjang (6 kg). Kulitnya berwarna kuning kehijauan. Isinya bulat dan berbiji kecil. Isi berwarna kuning tua, pejal, halus, manis and sangat harum.
Mastura Bersaiz purata 15- 25 kg. Isinya berwarna kuning keemasan dengan baunya harum (selepas dimakan).

3. Keperluan tanah dan iklim:

  • Paling sesuai tumbuh di atas tanah berlom yang dalam.

4. Jarak tanaman: 9m x 9m (123 pokok/ha)

5. Pembajaan:

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar/ Pembajaan
(kg)
0
Semasa menanam Rock Phosphate
Dolomite
Baja organik
0.20
0.10
5.00 - 10.00
0.20
0.10
5.00 - 10.00
1

Setiap 3 bulan

15:15:15

0.50

0.13

 

2

Setiap 3 bulan

15:15:15

1.00
0.25
3
Setiap 4 bulan 15:15:15
1.50
0.50
4
Setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
2.00
0.67
5
Setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
3.00
1.00
6
Setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
4.00
1.33
7
Setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
5.00
1.67
8 dan ke atas
Setiap 4 bulan 12:12:17:2+TE
6.00
2.00

 
Pemangkasan : Biarkan batang tengah untuk tumbuh dengan ranting-ranting yang seimbang.

6. Tempoh vegetatif: 3 - 4 tahun .

7. Jangka umur ekonomik: 5 - 10 tahun (hasil maksima pada umur 5 - 7 tahun).

8. Penuaian dan hasil:

  4 - 12 t/ha/tahun pada umur 3 - 5 tahun, bertambah ke 20 - 30 dari umur tahun ke-6.

9. Perosak dan Penyakit Nangka:

Perosak/Penyakit
Simtom
Kawalan
1. Pengorek buah




  Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meninggalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan atau fras dikeluarkan dari lubang ini.  

1. Membalut buah 2 minggu selepas berputik dengan karung kertas.

2. Ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.

3. Tiada bahan kimia yang didaftar untuk kawalan.

 

2. Mati Rosot

 

 

 

Pokok menjadi kuning, daun guru diikuti dengan mati rost. Terdapat rembesan berwarna kuning pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi reput.

 

 

1. Jaga kebersihan ladang.

2. Buang dan bakar pokok yang diserang teruk.

3. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang.

 

3. Cendawan angin

-disebabkan oleh fungi, Erythricium salmonicolor.

- serius di kawasan tanaman berkepadatan tinggi atau di bawah lindungan pada musim hujan.

  Menyerang bahagian dahan, ranting dan batang. Pada keadaan lembap, miselium merah jambu kelihatan di celah-celah bahagian kulit, batang dan daun.  

1. Elakkan menanam secara rapat dan lindungan yang intensif.

2. Pangkas bahagian yang diserang dan amalkan kebersihan ladang membuang sisa-sisa tanaman.

3. Pantau ladang untuk mengelak penyakit yang berulang.

4. Tiada racun kulat yang diadftar di bawah Lembaga Racun Perosak Malaysia pada masa ini.

| Atas |

 
Sumber: Scheme Mechanics, 9MP (2006-2010) Fruit Industry Development Programme, June 2006