Mangga

 

Mangga


MANGGA

1.Nama Tempatan: Mangga

 
Picture

2. Varieti yang disyorkan:

Klon Ciri-ciri
Ma TS 17
Buah bersaiz sederhana besar (500 - 800 g) dengan kulit berwarna kuning muda bila masak. Isinya kuning dengan tekstur sederhana dan berbau harum. Klon yang mengeluarkan hasil yang tinggi.
Ma TS 38
Bersaiz sederhana (400 - 500 g), kulit berwarna hijau pucat dan bertukar menjadi kuning bila masak. Isinya kuning kemerahan, manis dan tekstur agak halus. Klon yang mengeluarkan hasil yang tinggi.
Ma 128 Harumanis
Bersaiz sederhana (400 - 500 g) dengan kulit berwarna hijau. Isinya halus, berwarna oren kekuningan, sangat manis dan berbau harum.
Chok anan
Klon ini adalah jenis kerdil, boleh digunakan untuk penanaman berkepadatan tinggi, mempunyai tabiat berbunga pada bila-bila masa (fairly free flowering). Buah bersaiz sederhana, sangat manis dan bijinya nipis.

3. Keperluan Tanah:

 
  • Mangga adalah jenis pokok yang tahan lasak, boleh tumbuh di atas berbagai-bagai jenis tanah. Tanah lom berkelodak atau berlom liat adalah paling sesuai.
  • Penghasilan bunga dan buah yang baik hanya berlaku di kawasan-kawasan yang mempunyai keadaan cuaca kering yang ketara.
  • Bahagian-bahagian utara Sarawak adalah lebih sesuai.

4. Jarak tanaman: 9m x 9m (123 trees/ha)

5. Pembajaan

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar/ Pembajaan
(kg)
0
Lubang tanaman Rock Phosphate
Dolomite
Baja organik
0.20
0.10
5.00
0.20
0.10
5.00
1

Setiap 3 bulan

15:15:15

0.50

0.13

2

Setiap 3 bulan

15:15:15

1.00
0.25
3
Setiap 3 bulan 15:15:15
1.50
0.38
4
Sekali setiap 6 bulan 12:12:17:2 + TE
2.00
1.00
5
Sekali setiap 6 bulan 12:12:17:2 + TE
2.50
1.25
6
Sekali setiap 6 bulan 12:12:17:2 + TE
3.00
1.50
7
Sekali setiap 6 bulan 12:12:17:2 + TE
4.00
2.00
8 dan ke atas
Sekali setiap 6 bulan 12:12:17:2 + TE
5.00
2.50

 
Pemangkasan : Pangkas untuk mendapatkan bentuk pohon yang terbuka di tengah dengan membenarkan 3 - 4 dahan utama tumbuh bermula 1 m dari aras tanah.

6. Jangkamasa vegetatif : 3 - 6 years .

7. Jangka hayat ekonomik : 20 - 25 years.

8. Hasil:

 
Hasil : Hasil mungkin tidak konsisten disebabkan keadaan cuaca dan tercetusnya penyakit anthracnose. Pokok berumur lebih daripada 5 tahun akan menghasilkan lebih daripada 100 biji dan boleh bertambah kepada beberapa ratus biji pada satu-satu musim dengan bertambahnya umur pokok itu.

9. Kawalan Perosak dan Penyakit

Perosak/Penyakit
Simtom
 
Kawalan

Perosak:

1. Kumbang belangkas

 

 

Memakan pucuk, daun muda dan tangkai buah yang belum matang. Buah akan luruh awal dan tidak akan masak walaupun diperam.

 

 

1. Balut buah di peringkat kecil.

2. Tiada bahan kimia yang berdaftar untuk kawalan.

 

2. Lalat buah  

Menyerang buah yang hampir masak menjadikannya busuk dan berair.

  1. Balut buah di peringkat kecil.

2. Sembur dengan dimethoate atau cypermethrin atau fenthion.

 

3. Ulat pengorek batang   Menyerang pokok matang. Ulat yang menetas di dalam ranting mengorek masuk ke dalam pucuk dan terus menuju ke dalam batang. Ranting atau dahan yang diserang mempunyai lubang-lubang dan daun layu atau mati.  

1. Cantas dan musnahkan ranting yang diserang. Kawalan dengan racun serangga seperti malathion atau carbaryl.

2. Masukkan paradichlorobenzene (ubat gegat) yang hancur ke dalam lubang, ditutup dengan tanah liat.

 

| Atas |

 
Sumber: Scheme Mechanics, 9MP (2006-2010) Fruit Industry Development Programme, June 2006