Cempedak

 

Cempedak


PENANAMAN CEMPEDAK

1. Nama Tempatan: Cempedak (Artocarpus champeden)

Picture

2. Varieti yang disyorkan:

Klon Ciri-ciri
Ch 27 Bersaiz besar (2.6 kg), memanjang, berwarna kuning kehijauan dan isinya manis, tebal serta berwarna kuning.
Ch 28 Buah bersaiz sederhana (1.8 kg). Berwarna kekuningan dengan isinya berwarna kuning kemerahan, sangat manis dan bijinya kecil.
Sri Gading Bersaiz sederhana (2 kg) dengan kulit berwarna hijau, isinya oren dan sangat manis.

3. Keperluan tanah dan iklim:

  • Boleh tumbuh di kebanyakan jenis tanah tetapi paling sesuai adalah tanah yang bersaliran baik dan dalam.

4. Jarak Tanaman: 9m x 9m (123 pokok/ha)

5. Pembajaan:

Tahun
Kekerapan
Jenis Baja
Jumlah / Pokok / Tahun
(kg)
Kadar/ Pembajaan
(kg)
0
Semasa menanam Rock Phosphate
Dolomite
Baja organik
0.20
0.10
5.00 - 10.00
0.20
0.10
5.00 - 10.00
1

Setiap 3 bulan

15:15:15

0.50

0.13

 

2

Setiap 3 bulan

15:15:15

1.00
0.25
3
Setiap 4 bulan 15:15:15
1.50
0.50
4
Setiap 4 bulan 12:12:17:2 + TE
2.00
0.67
5
Setiap 6 bulan 12:12:17:2+TE
3.00
1.00
6
Setiap 6 bulan 12:12:17:2+TE
4.00
1.33
7
Setiap 6 bulan 12:12:17:2+TE
5.00
1.67
8 & ke atas
Setiap 6 bulan 12:12:17:2+TE
6.00
2.00

 
Pemangkasan : Pemangkasan diperlukan untuk mendapat pokok yang mempunyai batang yang lurus dan dahan-dahan yang teratur.

6. Tempoh vegetatif: 3 - 5 tahun .

7. Jangka umur ekonomiki: 10 - 30 tahun.

8. Penuaian dan hasil:

  5 - 40 t/ha/tahun (masa kemuncak selepas 6 - 8 tahun)

9. Perosak Dan Penyakit Cempedak:

Perosak/Penyakit
Simtom
 
Kawalan
1. Pengorek buah




  Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meninggalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan atau fras dikeluarkan dari lubang ini.  

1. Membalut buah 2 minggu selepas berputik dengan karung kertas.

2. Ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.

3. Tiada bahan kimia yang didaftar untuk kawalan.

 

2. Mati Rosot

 

 

 

Pokok menjadi kuning, daun guru diikuti dengan mati rost. Terdapat rembesan berwarna kuning pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi reput.

 

 

1. Jaga kebersihan ladang.

2. Buang dan bakar pokok yang diserang teruk.

3. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang.

 

3. Cendawan angin

-disebabkan oleh fungi, Erythricium salmonicolor.

- serius di kawasan tanaman berkepadatan tinggi atau di bawah lindungan pada musim hujan.

  Menyerang bahagian dahan, ranting dan batang. Pada keadaan lembap, miselium merah jambu kelihatan di celah-celah bahagian kulit, batang dan daun.  

1. Elakkan menanam secara rapat dan lindungan yang intensif.

2. Pangkas bahagian yang diserang dan amalkan kebersihan ladang membuang sisa-sisa tanaman.

3. Pantau ladang untuk mengelak penyakit yang berulang.

4. Tiada racun kulat yang diadftar di bawah Lembaga Racun Perosak Malaysia pada masa ini.

| Atas |

 
Sumber: Scheme Mechanics, 9MP (2006-2010) Fruit Industry Development Programme, June 2006