INSTITUT PERTANIAN SARAWAK : SINOPSIS PROGRAM
Program ini menyediakan pendidikan dan latihan berkaitan pertanian dengan memberi penekanan kepada kaedah pengeluaran makanan, peringkat pemprosesan dan pemasaran. Terdapat tiga kategori kursus yang ditawarkan iaitu Kursus Umum, Kursus Teras dan Kursus Pengkhususan.
1) Kursus Umum meliputi kursus wajib terdiri daripada:
-
Communicative English
-
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
-
Tamadun Islam
-
Keusahawanan
-
Pengurusan Am
-
Aplikasi Komputer
2) Kursus Teras meliputi kursus wajib berikut:
-
Kejuruteraan Pertanian
-
Teknologi Bengkel Pertanian
-
Pengurusan Tanaman Sayuran dan Padi,
-
Pengurusan Tanaman Buah-Buahan
-
Tanaman Industri
-
Pengurusan Tanah
-
Perlindungan Tanaman
-
Hortikultur Hiasan
-
Asas Pengurusan Ternakan
-
Asas Pemprosesan Makanan
-
Pengembangan Pertanian
-
Perniagaan Tani
3) Kursus Elektif / Pengkhususan meliputi kursus wajib tetapi boleh dipilih daripada enam kursus mengikut kecenderungan dan minat pelajar itu sendiri seperti berikut:
-
Landskap Hortikultur
-
Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan
-
Teknologi Memproses Hasil Pertanian
-
Mekanisasi Ladang
-
Pengurusan Estet
-
Pengurusan Ternakan
Semua pelajar wajib mengikuti Latihan Industri (LI) selama lapan (8) minggu pada akhir Semester IV. Latihan ini diadakan sama ada di sektor swasta atau kerajaan.