 Ketua Pen. Pengarah (Penyelidikan) En. Lai K.F. menyampaikan kata-kata aluan
 YBhg.En.Paul V.Ritom menyampaikan amanat semasa perasmian Mesyuarat Kemajuan Pegawai Penyelidik 2008 |
MESYUARAT KEMAJUAN PEGAWAI PENYELIDIK 2008
Sumbangan SRO Paulus Amin Det
Kuching, 16 -17 Julai 2008 : Mesyuarat Kemajuan Pegawai Penyelidik 2008 telah dengan jayanya diadakan pada 16 dan 17 Julai 2008 di Auditorium Institut Pertanian Sarawak, Semongok. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Encik Paul Vincent Ritom, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak. Objektif utama mesyuarat adalah untuk mengkaji semula kemajuan kerja-kerja dan aktiviti penyelidikan yang dijalankan sejak Mesyuarat Pegawai-pegawai Penyelidik yang telah diadakan pada 6-8 September 2006 dan untuk menyemak cadangan-cadangan baru yang dikemukakan oleh Bahagian Tanaman, Cawangan Pengurusan Tanah, Cawangan Teknologi Makanan dan Bahagian Perikanan Darat Jabatan Pertanian Sarawak. Ia merupakan tempat untuk membentangkan aktiviti-aktiviti penyelidikan utama kepada pihak pengurusan atasan jabatan, Bahagian Tanaman dan cawangan-cawangan lain jabatan.
Seramai 58 orang peserta telah hadir termasuk semua pegawai penyelidik dan AAO Bahagian Penyelidikan, pegawai-pegawai penyelidik Cawangan Pengurusan Tanah, Cawangan Teknologi Makanan dan Pegawai Perikanan dari Bahagian Perikanan Darat yang terlibat dengan kerja-kerja penyelidikan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai atasan bahagian / cawangan Jabatan Pertanian Sarawak serta pegawai daripada Lembaga Lada Malaysia.

|
 Peg.Penyelidik Kanan, Pn. Teo G.K.menyampaikan ceramah mengenai penyelidikan beras / padi
 Pen.Pengarah (P'yelidikan) 1, Pn.Chin Siew Phin dan Pengerusi Sesi En. Michael Ranges, AD(PPQ) semasa sesi perbincangan
 Pengerusi Sesi Pen. Pengarah (Industri Asas Tani) Tn. Hj. Sukaimi b. Hj. Dolkadirdan penceramah-penceramah ADR2 Robert Ringot, SRO Kadin Empari dan DRO John Jadol
|
Mesyuarat dibahagikan kepada 5 sesi:
Session 1: Tanaman Makanan Session 2: Industri Tanaman dan Agro-biotechnologi Session 3: Kesihatan & Kimia Tanaman Session 4: Pemindahan Teknologi & Penyelidikan Industri Makanan Session 5: Penyelidikan Pengurusan Tanah & Perikanan Darat
Semasa perasmian, Pengarah Pertanian, Y.Bhg. Encik Paul Ritom telah menggariskan :
- Menggalakkan pegawai penyelidik melaksanakan aktiviti penyelidikan
- Menekankan perlunya menggurus program penyelidikan dengan baik. Output penyelidikan hendaklah :
- membantu dalam meningkatkan produktiviti
- mengurangkan kos pengeluaran serta meningkatkan daya saing
- mempunyai data yang boleh dipercayai untuk penggubal polisi membuat keputusan yang betul
- meningkatkan nilai ekonomi sektor pertanian, dengan adanya peningkatan peluang-peluang perkembangan dalam sektor pertanian
- Jabatan merupakan satu organisasi penyelidikan yang sangat kecil. Oleh itu kita perlu untuk menerima dan menyesuaikan teknologi-teknologi penyelidikan orang lain yang telah maju untuk disesuaikan dengan keadaan di Sarawak. Dengan adanya internet, penyelidikan pegawai-pegawai seharusnya seiring dengan teknologi-teknologi semasa.
- Mengingatkan semua bahawa pelbagai halangan dalam penyelidikan yang dijalankan. Oleh itu, aktiviti-aktiviti penyelidikan perlu memberi fokus kepada:
- menjana teknologi dalam masa yang singkat mungkin
- konsentrasi kepada teknologi yang berpotensi komersial
- aktiviti penyelidikan mestilah memberikan manafaat segera kepada industri pertanian
- Keutamaan perlu dibuat di semua peringkat. Semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dan bekerja dalam sebuah pasukan.
- Memberi galakan kepada Bahagian Penyelidikan ke atas initiatif mereka memberi keutamaan kepada projek-projek di bawah aspek berikut :
- pengeluaran bahan tanaman berkualiti
- pembangunan dalam sistem pengeluaran inovatif
- pengurusan perosak bersepadu
- agro-biotechnologi
- Memaklumkan sesetengah penyelidik tidak membuat perancangan yang mencukupi dalam menjalankan penyelidikan. Tarikh mula dan akhir sesuatu projek seharusnya munasabah dengan keputusan yang dijangka. Oleh itu, pelan tindakan yang jitu perlu dibuat.
- Memaklumkan bagi pemindahan teknologi di pejabat bahagian, penyelidik perlu membuat perancangan yang rapi dan membuat percubaan, khususnya dari segi ekonomi
- Menggalakkan semua penyelidik untuk mencari sumber-sumber kewangan lain, terutama peruntukan e-Science. Ini boleh meningkatkan kualiti penyelidikan yang dijalankan.
- Mengingatkan semua bahawa kita semua adalah peminpin yang diberikan kuasa. Oleh itu, kita mempunyai banyak tanggung jawab dan seharusnya memberikan contoh melalui tauladan dan sentiasa mencapai standard yang tinggi. Disiplin diri mestilah ada sepanjang masa dan semasa menjalankan tugas hendaklah tidak bercanggah dengan Arahan Perbendaharaan dan prosedur-prosedur kerajaan lain.
Aktiviti Penyelidikan yang dibentangkan di antaranya:
A. Penyelidikan Tanaman
- Pada 23 Oktober 2007, tiga jenis varieti beras perang iaitu Katek Merah dan Silah Merah telah diperkenalkan kepada petani di Kpg. Serikin Bau untuk penanaman Makanan Bayi Nestle
- Varieti beras wangi ‘Siraj’, dibangunkan oleh RB Biotech, telah diuji di Estet Mini Bundong Sian di atas tanah asid sulfad. 'Siraj' boleh bertahan tanpa pengapuran. Hasil diperolehi ialah 4.6 t/ha.
-
Pada April 2008 beras Bario telah dipamerkan di Kuala Lumpur bersempena dengan hari World Intellectual Property. Beras Bario telah didaftarkan di bawah GI (Geographical Indication)dalam Februari 2008.
- Taro jenis varieti 'Thailand' telah diperkenalkan untuk ditanam oleh petani pada 2007. Ia merupakan varieti yang berkualiti untuk dimakan begitu sahaja dan untuk dibuat kerepek.
- Bagi tanaman sayur-sayuran, tanaman Bendi varieti baru iaitu 'OK 112' telah diperkenalkan, cankuk manis jenis 'Wrinkie' telah diperkenalkan kerana ia mengeluarkan hasil yang tinggi dan tahan kepada penyakit layu bakteria. Sistem tanaman di bawah jaring menunjukkan keputusan yang memberangsangkan bagi tanaman berdaun. Baru-baru ini, 5 varieti cili dan 2 varieti timun telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan di bawah sistem ini.
-
Bagi tanaman buah-buahan, Seminar Buah-buahan 2007 telah dengan jayanya diadakan pada 8-9 Ogos 2007 mengenai pelbagai aspek pengurusan rantaian bekalan buah-buahan tempatan telah dibentangkan kepada 160 orang peserta
-
Dua klon dabai iaitu Laja and Lulong telah dirasmikan oleh YB Menteri Pemodenan Pertanian semaa Seminar Buah-buahan 2007.
-
Tiga klon durian nyekak (DK5, DK6 dan DK8) dan empat durian kuning (DG5, DG25, Suluk2 dan Suluk3) telah dilancarkan oleh YB Menteri Pemodenan Pertanian semasa Pesta Buah-buahan di Miri.
-
Kursus pendek selama 2 hari mengenai Pengeluaran Komersial dan pemasaran Betik telah diadakan di ARC Semongok pada 19-20 February 2008
- Seminar 1 hari mengenai Pengurusan Penyakit CGD Tanaman Limau di Sarawak pada 9 April 2008 di Institut Pertanian Semongok.
A one-day Seminar on proper management of Citrus Greening Disease on citrus planting in Sarawak was held on 9 April 2008 at the Agriculture Institute, Semongok.
-
Bagi kendalian lepas tuai buah-buahan, kerjasama dengan UPM Serdang mengenai kajian pemakanan dabai telah dimulakan pada awal tahun.
-
Promosi dan pameran dabai yang dibekukan dan produk-produknya telah diadakan bersempena dengan Natural Products Expo 2008 pada 27-29 Mac 2008 di PWTC, K.L.
- Percubaan penghantaran 250kg dabai ke Semenanjung Malaysia untuk jualan promosi di Pasaraya Isetan, Kuala Lumpur pada 20 January 2007. Pada masa sama, jualan isau dan dabai juga dicuba di pasaraya tempatan untuk menentukan kesan pelbagai bentuk pembungkusan terhadap kualiti dan jangka hayat.
- Percubaan penghantaran dan pemasaran 500 kg buah naga isi merah ke Dubai melalui agen pemasaran tempatan telah dengan jayanya dilakukan pada 2006. Bahagian Penyelidikan terlibat dalam memberi khidmat nasihat berkenaan dengan pembungkusan dan pensijilan kualiti buah.
- Semongok Aman telah dikeluarkan sebagai varieti tambahan kepada petani pada 12 Ogos 2006 semasa HPPN Peringkat Negeri di Sri Aman.
-
Program Pembiakan Lada telah mengenalpasti 2 progeni berpotensi; (a) 26288, OP1 of accession PN103, and (b) 27283, an OP3 ( third round of open pollination of ‘Kaluvally’). Progeni ini mempunyai ciri-ciri seperti pembentukan buah yang baik dan lebih tahan kepada pengorek buah lada.
- Dua Perjanjian Penyelidikan telah ditandatangani pada April 2008 di antara Lembaga Lada Malaysia (MPB), UNIMAS dan Jabatan Pertanian Sarawak mengenai 2 projek yang dibiayai oleh MPB.
-
Bagi penyelidikan kesihatan tanaman, survei menyeluruh terhadap perosak dan penyakit lada telah dilaksanakan dan status perosak lada telah dikemaskini. Pakej Teknologi Pemeliharaan Lebah telah dikeluarkan pada 2007.
-
Skop akreditasi makmal telah dipanjangkan kepada analisis makanan sebagai tambahan kepada analisis tanah, tumbuhan dan baja.
B. Penyelidikan Teknologi Makanan
- Menyediakan khidmat nasihat dalam pemantauan peningkatan kualiti produk dalam sos nanas dan fillet ikan dalam industri makanan kecil.
- Procedur Analitikal untuk mengesan 3-MCPD dalam sos kacang soya menggunakanGCMS-MS telah berjaya dilaksanakan.
C. Penyelidikan Pengurusan Tanah
- Persidangan Tanah 2007 telah diadakan di Mukah dengan kerjasama Persatuan Sains Tanah Malaysia.
- Dua projek kerjasama yang dibiayai oleh UNDP/GEF mengenai pemuliharaan dan penggunaan secara mampan tanah gambut tropika (swamp forests) dan kaitannya dengan ekosistem Taman Negara Loagan Bunut.
- Dua projek e-Science iaitu (a) Inducing Biological Nitrogen Fixation in Oil Palm using Nitrogen Fixing Bacteria and (b) Nutrient Dynamics Study of Oil Palm on Tropical Peat, telah diluluskan di bawah RMK9.
- Mengeluarkan kertas teknikal mengenai 'Soil CO2 flux' dalam a scientific peer-reviewed journal
D. Penyelidikan Perikanan Darat
- Kajian untuk menentukan 'reproductive biology of mantis shrimp and breeding of tiger grouper'
- Citra Lada spesies dari Thailand mempunyai kadar pembesarah yang lebih baik berbanding dengan tilapia merah
- Pelbagai laporan mengenai Terubok telah dikeluarkan
- Kerjasama dengan MACRES (Malaysian Centre for Remote Sensing) bagi mengkaji kesan kualiti air (the coastal waters of Sarawak and Sabah) terhadap penghijrahan ikan terubok.
- Cadangan penyelidikan udang galah, ikan keli, tilapia dan kendalian rawatan ikan dan udang kolam dan potensi akuakultur ikan biawan (kissing gouramy) telah dikemukakan.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh Ketua Penolong PEngarah (Penyelidikan, Encik Lai Kui Fong. Dalam ucapannya, beliau menegaskan :
- Mengingatkan semua untuk mengambil perhatian terhadap arahan Menteri Pemodenan Pertanian iaitu:
- penyelidik seharusnya menjalankan penyelidikan yang memberikan keputusan dalam masa yang sesingkat mungkin
- penyelidik hendaklah memenuhi keperluan industri, terutama pekebun kecil dan sektor swasta
- berhubung dengan sektor swasta untuk mengenalpasti keperluan-keperluan mereka
- Bekerjasama dengan kerja berpasukan, terutama di kalangan pelbagai bahagian dan cawangan dalam Jabatan
- Semua pakej teknologi hendaklah mengambilkira kos pengeluaran. Projek mestilah mempunyai daya untung. Sebelum sesuatu teknologi diperkembangkan skalanya, kajian ekonomik mestilah dikaji terlebih dahulu bagi memastikan projek tersebut dapat membantu petani menjana pendapatan
- Jabatan perlu melihat secara kritikal dan memperkenalkan mekanisma bagi pengeluaran bahan tanaman dan baka ikan yang berkualiti
- Menegaskan keperluan segera bagi menilai baja padi bagi Sarawak; penyelidik berkaitan hendaklah mencadangkan kertas cadangan, kajian semula dan pelaksanaan untuk dikemukakan kepada MOA Malayasia sebeberapa segera.
(Gambar diambil oleh SAA Ng Heng Leng Seksyen Entomologi, Pusat Penyelidikan Pertanian, Semongok)
|