fb-438


Picture


KAWALAN RUMPAI DI LADANG GETAH

Kawalan rumpai merupakan amalan agronomi yang penting di dalam ladang getah. Inputnya mahal. Sejumlah 24-30 pusingan semburan tanaman dan kawasan di antaranya semasa umur muda pokok getah.

Di masa lalu merumput secara manual telah diamalkan apabila tenaga pekerja banyak. Kesukaran mendapatkan tenaga pekerja di masa kini menyebabkan penggunaan racun kimia yang begitumeluas. Rumpai bolehlah dikatakan sebagai tumbuhan di mana ia tidak dikehendakki ataupun tumbuhan yang tiada tempatnya dalam tanaman getah. Rumpai sedemikian menyebabkan kemunduran yang serius terhadap tanaman getah dan keburukannya seperti berikut:

  • Bersaing dengan tanaman getah untuk mendapatkan cahaya, air dan zat
  • Membantutkan tumbesaran pokok getah
  • Melambatkan pokok getah boleh ditoreh
  • Memberi perlindungan pada makhluk perosak tanaman getah
  • Menyukarkan kerja membaja dan kawalan penyakit
  • Menyebabkan bahaya kebakaran

Di ladang getah rumpai boleh dikawal dengan kaedah berikut:

  • Dibajak/ dicangkul
  • Ditanam dengan penutup bumi kekacang
  • Diragut oleh binatang ternakan seperti kambing biri-biri
  • Dikawal dengan racun herba

Dalam tanaman getah, penanaman penutup bumi kekaccang atau tanaman jangka pendek amat disyorkan atau membiarkan tumbuhan penutup bumi semulajadi di antara barisan pokok getah, manakala lorong tanamannya dikawal rumpai dari semasa ke semasa. Penutup bumi kekacang yang biasa digunakan ialah Pueraria phaseoloides, Calopogonium mucunoides, Centrosema pubescens dan Calopogonium caeruleum. Rumput seperti Paspalum conjugatum (rumput kerbau), Axonopus compressus (rumput pahit), Ottochloa nodosa (rumput sarang buaya) dan rumpai berdaun lebar seperti Borreria alata (herba itik) dan Ageratum conyzoides (rumput tahu ayam) yang tumbuh di antara lorong tanaman boleh dibiarkan tetapi terkawal. Rumpai ganas seperti Imperata cylindrica (lalang), Aystasua intrusa (herba jejentik), Mikania micrantha (selaput tunggul), Ischaemum muticum (tembaga jantan), Eleusina indica (rumput sambau), Pennisetum polystachyon (rumput ekor kuda), Dicranopteris linearis (paku resam), Chomolaena odorata (pokok kapal terbang), Stenochalena palustris (paku rawan), Minosa invisa (semalu besar), Melastoma malabathricum (senduduk) dan Cyperus rotundus (siperus halia hitam) perlu dikawal.

Contoh jenis-jenis rumpai di ladang getah:

Picture
Chromolaena odorata
(pokok kapal terbang)

Picture
Asystasia intrusa
(Herba jejentik)
Picture
Mimosa invisa
(Semalu besar)
 


Picture
Clidemia hirta
 

Racun herba digunakan bagi mengawal rumpai kerana keberkesanan kosnya. Racun herba yang disyorkan bagi mengawal rumpai ganas adalah seperti berikut:

Racun bagi mengawal rumpai ganas:

Spesies rumpai
Racun Herba
Kadar Racun herba se-ha
Isipadu air se-ha (lit)
Isipadu air se-ha (lit)
Spesies Asystasia 2, 4-D Amine
Starane 200
015 lit
0.20 lit
450
450
6 ml
8 ml
Chromolaena odorata (pokok kapal terbang)

Ally 20 DF +
DuPont
Surfactant atau
Garlon 250 atau
Starane 200

150 g +
1.5 lit

1.5 lit
1.0 lit
450


450
450
6 g +
40 ml

60 ml
40 ml
Dicranopteris linearis (Paku resam) Gesapax
500FW +
Paraquat
1.5 lit

1.5 lit
650

42 ml +

42 ml

Imperata cylindrica (Lalang) Assault 100A
atau Roundup
7.5-10 lit
6 lit
450
450
300-400 ml
240 ml
Mikania micrantha (Selaput tunggul) 2,4-D Amine
atau
Starane 200
1.5 lit

0.375-
0.5 lit
450

450

60 ml

15-20 ml
Pennisetum polystachyon (Rumput ekor kuda) Assault 100A
atau Roundup
7.5 lit
6.0 lit
450
450
190 ml
240 ml
Stenochlaena palustris (Paku rawan) Ally 20 DF +
Paraquat atau
Basta +2,
4-D Amine

75 g+
1.5 lit
1.5 lit+
1.5 lit

450

450

3 g+
60 ml
60 ml
60 ml

Kawalan Rumpai Di Kawasan Semaian

Kawalan rumpai di dalam semaian melibatkan kaedah mekanikal, manual dan racun kimia. Semasa menyediakan tapak semaian, rumpai dikawal dengan cara membajak dan sikat. Dua bulan pertama cangkul digunakan bagi mengawal rumpai setiap bulan, kemudia barulah diikuti dengan racun kimia, apabila anak-anak getah sudah mempunyai kulit berwarna perang 30 cm. Racun herba disyorkan seperti berikut:

Racun herba bagi mengawal rumpai di dalam semaian getah:

Jenis Racun Herba
Kadar Se-ha
Isipadu air se-ha (liter)
Kadar Racun bagi Satu Alat Penyembur (18 lit)
Basta 3.3 liter 450 132 ml
Paracol 2.8 lit 450 112 ml
Roundup 0.75 liter 450 30 ml
Ally 20 DF 75g 450 3 g

Kawalan Rumpai di Kawasan Pokok Getah Muda

Dengan meningkatnya kos tenaga pekerja dalam beberapa tahun kebelakangan, penekanan telah diberi terhadap penggunaan racun herba di sepanjang lorong tanaman getah. Sebahagian daripada racuyn herba tersebut didapati mahal serta toksik. Kos mengawal rumpai dengan racun kimia bergantung pada pemilihan racun yang tepat, kadarnya yang cekap dan kaedah menggunakannya. Rumpai di sepanjang lorong tanaman dikawal dengan semburan racun selebar 2 m iaitu 1 m di kiri kanan barisan tanamannya. Syor penggunaan racun herba seperti berikut:

Racun Kimia Bagi Mengawal Rumpai Bercampur-campur di Kawasan Getah Muda:

Jenis Racun Herba
Kadar Se-ha
Isipadu Air Se-ha (liter)
Kadar racun bagi satu alat penyembur (18 lit)

Roundup +
Ally

1.5 lit+
75 g
450 60 ml +
3 g
Roundup +
Banvel
1.5 lit +
0.25 lit
450 60 ml +
24 ml
Roundup +
Starane 200
1.5 lit +
0.25 lit
450 60 ml +
10 ml
Scout 3.0 lit 450 120 ml
Paracol 2.5 lit 450 112 ml
Paraquat +
2, 4-D Amine
2.8 lit
1.25 lit
450 112 ml +
60 ml
Dasatox F +
Paraquat

3.5 lit +
1.5 lit

450 112 ml +
60 ml
Gesapax +
Paraquat +
2, 4-D Amine
1.5 kg +
1.5 lit +
0.75 lit
450

60 g +
60 ml +
30 ml

Kawalan Rumpai Di Kawasan Getah Dewasa

Di kawasan getah dewasa, biasanya terdapat tumbuhan rumpai berteras (anak-anak kayu), resam dan paku pakis. Penting juga rumpai ini dikawal supaya penoreh boleh menjalankan tugasnya dengan mudah. Racun herba yang digunakan seperti berikut:

Racun herba bagi mengawal rumpai di kawasan getah dewasa:

Jenis racun herba
Kadar se-ha
Isipadu air se-ha (liter)
Kadar racun bagi satu alat penyembur (18 lit)
Basta +
Dasatox F
1.0 lit +
2 kg
450

40 ml +
80 g

Paraquat +
2, 4-D Amine
2.8 lit +
0.7 lit
450 112 ml +
28 ml
Tordon 101 +
Paraquat
0.5 lit +
2.0 lit
450 20 ml +
80 ml
Gesapax 500 FW +
Paraquat +
2, 4-D Amine
1.5 lit +
1.5 lit
0.75 lit
450

450
60 ml +
60 ml +
30 ml
Scout 2.0 lit 450 80 ml
Paraquat +
Ally 20 DF
1.5 lit
75 g
450 60 ml +
3 g
Paracol 2.8 lit 450 120 lit

Kaedah Semburan Racun Herba

Ada berbagai jenis alat penyembur, yang popular terdiri dari jenis loyang (zink + tembaga) bergalas muatan 18 lit. Bagi semburan menyeluruh kawasan, nozel jenis kipas atau jet kon eloklah digunakan. Untuk semburan di sepanjang lorong tanaman nozel jet pembias saiz 148 5/64 atau Redpolijet (jenis plastik) amat sesuai. Alat semburan mestilah dalam keadaan yang baik untuk menghasilkan kecekapan semburan.

Keluaran larutan semburan yang cukup kuat penting bagi mendapatkan basahan yang cukup. Tekanan di dalam alat penyembur galas hendaklah ada 1 kg secm persegi (boleh didapati dengan mengepam enam kali). Setiap langkah berjalan melepaskan racun hendaklah dipam sekali supaya seragam tekanannya. Kelajuan pekerja berjalan semasa menyembur racun juga penting dalam menentukan kekesanan di atas. Ini dianggarkan 2 km sejam (seperti jalan bersiar-siar). Dengan nozel yang sesuai, tekanan dan kelajuan yang disyorkan, isipadu air 450 lit se-ha sudah memadai. Tentang luas liputan semburan pula bergantung pada ketinggian nozel. Untuk mendapatkan liputan selebar 2 m seperti yang dikehendaki bagi mengawal rumpai di sepanjang lorong tanaman, ketinggian nozel hendaklah ada 60 cm dari permukaan tanah. Basuh bersih semua perkakas sebaik sahaja selesai digunakan.

Jenis-jenis nozel:

Picture


Langkah keselamatan Dalam Pengendalian Racun Rumpai

Pakaian perlindungan menjadi sebahagian dari amalan baik dalam pengendalian racun rumpai yang mana boleh mengurangkan bahaya, seperti yang tersenarai di bawah ini:

  • But getah
  • Baju berlengan panjang
  • Sarung tangan getah
  • Apron plastik
  • Topeng
  • Gogel
  • Topi

Berikut disenaraikan beberapa langkah keselamatan bagi pengguna racun herba:

  • Simpan racun rumpai di tempat berkunci dan jauh dari bahan makanan
  • Baca label dengan teliti sebelum menggunakan racun
  • Gunakan pakaian perlindungan apabila menyembur racun rumpai
  • Pastikan yang alat penyembur tidak bocor
  • Jangan merokok dan makan minum semasa mengendali racun rumpai
  • Jika termasuk rcun rumpai ke dalam mata atau terkena badan, basuh segera dengan air bersih
  • Musnahkan bekas racun yang habis dipakai, kemudian menanamnya.





ARTIKEL LAIN DALAM KELUARAN INI:

PANDUAN UNTUK MENGAWAL HAKISAN

Kerja-kerja membangunkan tanah bercerun untuk pertanian boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah mengenai pembukaan kawasan, peringkat kedua ialah mengenai pembinaan struktur pemuliharaan tanah dan yang ketiga mengenai amalan agronomi yang sesuai untuk mengawal hakisan.

(i) Pembukaan Kawasan

Kerja-kerja pembukaan tanah melibatkan kerja menebang pokok, memotong kayu, mencabut tunggul, membaris/ melonggok kayu, membakar kayu dan membersihkan kawasan. Semasa menjalankan aktiviti ini beberapa peraturan di bawah hendaklah diikuti:

a) Bagi kawasan yang luas, kerja pembukaan tanah hendaklah dijadualkan berperingkat-peringkat bagi mengelakkan pendedahan tanah terlalu lama kepada proses hakisan.
b) Pembukaan tanah lebih sesuai dilakukan pada musim kering.
c) Penebangan bersih hanya perlu dilakukan bagi tanaman biasa seperti sayur-sayuran, buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Sekiranya tidak perlu menebang bersih, seperti untuk sistem tanaman agro-forestry, penebangan pokok secara selektif adalah digalakkan. Pokok yang ditinggalkan akan membantu melindungi tanah daripada hakisan.
d) Tunggul-tunggul kayu hanya perlu dicabut jika sistem penanaman memerlukan. Bagi tanaman jangka panjang seperti durian, getah dan kelapa sawit, tunggul-tunggul kayu tidak menghalang kerja operaso ladang dan ia dapat membantu menakan hakisan.
e) Pembakaran sisa kayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Sisa kayu yang dilonggok atau dibaris membantu menahan hakisan.
f) Pokok-pokok asal di tepi sungai dan taliair utama hendaklah dibiarkan bagi menahan tebing daripada terhakis (river buffer zone)

Jadual a: Syor-syor aktiviti pembukaan kawasan bagi jenis tanaman dan cerun.

Darjah
Kecerunan
0-2 2-6 6-12 12-20 20-25 >25
DI KAWASAN TANAH RENDAH
Tanaman Jangka Pendek
1, 2, 44b, 6, 7 & 8
-
-
-
-
Tanaman Jangka Panjang
1, 2/3, 4c, 5, 6, 7 & 8
-
Padang Rumput
1, 2, 4c, 5, 6, 7 & 8
-
-
-
Tanaman Jangka Sederhana
1, 2/3, 4c, 5, 6, 7 & 8
-
-
-
Ternakair
1, 2, 4c, 5, 6, 7 & 8
-
-
-
-
DI KAWASAN TANAH TINGGI
Tanaman Jangka Pendek (sayur & bunga)
1, 2, 4c, 5, 6, 7 & 8
1, 4a, 5 & 6
-
Tanaman Jangka Panjang
1, 2/3, 4c, 5, 6 & 8
-

Petunjuk:

1.
Pembukaan berperingkat
2.
Penebangan bersih
3.
Penebangan secara selektif
4.
(a) Menebang secara manual
  (b) Menebang menggunakan jentera berat
  (c) Menebang secara manual dan dengan jentera
5.
Membuat zon penampan tebing sungai, di mana perlu
6.
Pembukaan pada musim kering bagi kawasan luas
7.
Mencabut tunggul
8.
Membakar sisa kayu, jika perlu
  Sumber - Bengkel MARDI - DOA 1993

Syor-syor di atas hendaklah dilaksanakan bersama-sama syor membina struktur pemuliharaan tanah dan syor amalan agronomi seperti dalam Jadual b dan c.

Panduan yang lebih terperinci mengenai cara pembukaan kawasan bagi jenis-jenis tanaman berikut mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual a. Panduan aktiviti dalam Jadual a tersebut hendaklah digunakan bersama dengan panduan dalam Jadual b dan c.

(ii) Membina Struktur Pemuliharaan Tanah

Struktur-struktur pemuliharaan tanah boleh mengawal hakisan dengan berkesan. Sistem perparitan dan struktur yang dibina dapat menyalirkan air dengan selamat. Kebanyakan struktur dibina dengan menggali tanah dan menggunakan bahan asli yang mudah didapati seperti tanah, batu dan kayu. Struktur-struktur yang disenaraikan di bawah adalah sesuai dibina dalam ladang-ladang pertanian.

  1. Parit dan laluan air bagi menyalir air hujan yang berlebihan. Dinding parit hendaklah ditanam dengan rumput.
  2. Perangkap kelodak (silt/pits)
  3. Pentas untuk tapak pokok/tanaman
  4. Teres-teres bagi menyekat larian air
  5. Empangan kecil bagi menampan had laju air parit
  6. Pembentungan di bawah jalan (culvert)
  7. Gabion atau dinding konkrit pada cerun yang sangat curam

Panduan yang lebih terperinci mengenai keperluan membina struktur pemuliharaan tanah bagi jenis-jenis tanaman mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual b.

(iii) Amalan Agronomi Untuk Mengawal Hakisan

Banyak amalan agronomi bukan sahaja meningkatkan kesuburan tanah dan menambahkan hasil, tetapi turut juga memulihara tanah daripada ketandusan dan mengawal hakisan. Berikut ialah amalan agronomi yang dapat mengawal hakisan dengan berkesan.

  1. Menanam penutup bumi seperti kekacang
  2. Membuat sungkupan bagi menutup permukaan tanah
  3. Menanam rumput di tebing-tebing
  4. Mengamalkan tanaman padat boleh melindungi permukaan tanah
  5. Membajak secara minimum supaya tidak banyak tanah yang terhakis
  6. Menanam mengikut kontor dapat menahan hakisan
  7. Menanam tanaman selingan antara tanaman jangka pendek dengan tanaman jangka panjang

Panduan yang lebih terperinci mengenai amalan agronomi untuk mengawal hakisan bagi jenis-jenis tanaman mengikut cerun tanah diberi dalam Jadual c.

Contoh-contoh struktur Permuliharaan Tanah yang disyorkan:

Picture

Jadual b: Syor-syor pembinaan struktur pemuliharaan tanah bagi jenis tanaman dan cerun

Darjah
Kecerunan
0-2
2-6
6-12
12-20
20-25
>25
DI KAWASAN TANAH RENDAH
Tanaman Jangka Pendek
4
4 & 6
-
-
-
-
Tanaman Jangka Panjang
4
4 & 6
1/2, 4, 5, 6, 7 & 8
-
Padang rumput
4
4 & 6
-
-
-
-
Tanaman Jangka sederhana
4
4 & 6
1/2, 4, 5, 6 & 8
-
-
-
Ternakair
4
4 & 5
-
-
-
-
DI KAWASAN TANAH TINGGI
Tanaman Jangka Pendek (sayur & bunga)
4
1, 4, 5 & 6
1/3, 4, 5, 6 & 8
1/3, 4, 5, 6, 8, 9 & 10
-
-
Tanaman Jangka Panjang
4
4 & 6
1/2, 4, 5, 6, 7 & 8
-

Petunjuk:

1.
Teras/bangku
2.
Pentas lereng / pentas tapak
3.
Pentas lebar
4.
Perparitan dan saliran
5.
Perangkap kelodak
6.
Parit lereng
7.
Teres dusun
8.
Empangan penampan
9.
Pembentungan
10.
Benteng konkrit atau gabion
  Sumber - Bengkel MARDI-DOA 1993

Jadual c: Syor-syor amalan agronomi untuk mengawal hakisan bagi jenis tanaman dan cerun

Darjah
Kecerunan
0-2
2-6
6-12
12-20
20-25
>25
DI KAWASAN TANAH RENDAH
Tanaman Jangka Pendek
3, 5 & 6
2 ke 10
-
-
-
-
Tanaman Jangka Panjang
1, 3, 4 & 5
1, 2, 4, 5, 6, 7 & 8*
-
Padang rumput
4
-
-
-
Tanaman Jangka sederhana
1, 3, 4, 5, 6, 7, 8 & 10
-
-
-
Ternakair
1
-
-
-
DI KAWASAN TANAH TINGGI
Tanaman Jangka Pendek (sayur & bunga) 3, 4, 5, 6, 7 & 10
-
-
-
-
Tanaman Jangka Panjang
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 & 10
-

Petunjuk:

1.
Tanaman penutup bumi
2.
Tanaman mengikut kontor
3.
Sungkupan
4.
Pembajakan secara minimum
5.
Tanaman padat
6.
Tanaman pusingan
7.
Tanaman selingan
8.
Tanaman berjalur
9.
Tanaman rumput
10.
Penampan angin
  * di mana sesuai
Sumber - Bengkel MARDI-DOA 1993

Kesimpulan

Kawasam tanah bercerun merupakan sumber untuk pembangunan pertanian yang penting. Pada masa akan datang tanah yang semakim curam semakin banyak diterokai untuk pertanian. Selain daripada peningkatan kos, masalah hakisan, ketandusan tanah dan pencemaran anak-anak sungai akan menjadi lebih ketara. Oleh itu, diharap panduan ini berguna dan dapat dipraktiskan oleh perancang dan pelaksana projek-projek bagi mengurangkan hakisan tanah.






TEPUS (Sejenis Herba Tempatan)

Nama Saintifik
:
Etlingera punicea (Roxb.) R.M.Smith
Keluarga
:
Zingiberaceae
Nama Tempatan
:
Tepus (Melayu, Bidayuh, Iban); Tubuh tana (Kelabit),
Penyediaan
:
Buah dan pucuk muda dimakan sebagai ulam-ulaman, dimasak dengan ayam atau dicampur dengan sambal udang.
Kegunaan Tradisi
:
Pucuk muda digunakan untuk menyembuhkan penyakit biri-biri. Dahulu kala tepus juga digunakan untuk membuat minyak wangi. Serat daripada kulit batang tepus digunakan untuk membuat bakul kecil, tikar dan tali.

Picture





[kembali]