Bahagian Perancangan
FUNGSI
OBJEKTIF Objektif Khusus
PROGRAM Perancangan, Pemantauan & Penilaian Projek
Statistik Pertanian
Aktiviti-aktiviti Statistik Pertanian: 1. Sistem Maklumat Statistik Pertanian - Agriculture Statistical Information System (ASIS) ASIS telah dilaksanakan sejak tahun 2002 dan pelaksanaannya terbahagi kepada tiga fasa. Ia merupakan sistem bagi membolehkan staf Jabatan merekod data statistik secara online. Di antara objektif ASIS adalah untuk mempercepatkan kutipan data statistik pertanian di peringkat bahagian dan daerah. Ia juga merupakan pengkalan data maklumat pertanian Negeri Sarawak. Melalui sistem ini, staf di peringkat bahagian dan daerah dapat merekod dan mengemaskini data statistik pertanian secara online melalui SarawakNet. ASOS juga membolehkan Jabatan menyimpan data yang mudah dan cepat diakses bagi melancarkan lagi proses membuat keputusan dan analisis. Ia juga membolehkan Jabatan membuat kompilasi data untuk tujuan penerbitan laporan ASOS. ASIS boleh diakses melalui SarawakNet (IntraNet Kerajaan Negeri Sarawak). 2. Survei Pengeluaran Tanaman - Crop Production Survey (CPS) Survei Pengeluaran Tanaman adalah kaedah mengganggar pengeluaran hasil tanaman makanan. Ia merupakan kaedah pertama pernah diperkenalkan kepada semua Jabatan Pertanian Peringkat Negeri di Malaysia. Kaedah ini telah dibangunkan oleh Seksyen Statistik, Bahagian Perancangan Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia. Kaedah ini telah diuji di peringkat negeri dalam jangkamasa setahun dan hasil pra-kajian telah menunjukkan ketepatan melebihi 90%. Kaedah ini telah diperkenalkan untuk membolehkan pengeluaran hasil tanaman makanan dapat dianggar dengan pendekatan yang lebih objektif dan cepat di samping ia merupakan kaedah yang seragam bagi semua negeri di Malaysia. Dengan mengambil sampel dari sejenis tanaman, hasil bagi satu musim bagi tanaman tersebut dapat dianggarkan. Oleh itu, kaedah mengganggar pengeluaran hasil yang 'boleh dipercayai' melalui kaedah ini bagi sejenis tanaman komoditi di mana-mana kawasan pengembangan dapat dibuat dengan membandingkan dengan anggaran hasil pengeluaran berdasarkan 'hasil potensi'. Seksyen Statistik, Cawangan Perancangan memulakan CPS ini dalam tahun 2004 dengan melibatkan beberapa jenis tanaman makanan dan daerah sahaja. Pengeluaran hasil yang diperolehi daripada survei yang telah dibuat pada Tahun 2004 dan 2005 telah dikemukakan kepada Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia untuk tujuan verifikasisebelum ia diadaptasi dalam membuat anggaran pengeluaran hasil pada masa akan datang. 3. Penyiasatan Pengeluaran Padi - Paddy Production Survey Penyiasatan Pengeluaran Padi merupakan salah satu kaedah standard antarabangsa bagi mendapatkan Hasil (kg/ha) data statistik padi di Sarawak. Ia terbahagi kepada dua; Penyiasatan Hasil Padi dan Penyiasatan Kawasan Padi. Penyiasatan ini dijalankan bagi padi sawah pada musim utama setiap tahun. Penyiasatan Hasil Padi melibatkan 'Crop Cutting Method' penuaian sebenar bagi plot 5m x4m diambil bagi setiap sampel. Purata hasil padi sawah bagi peringkat daerah dan negeri kemudiannya akan dikira. Objektif Penyiasatan Hasil Padi adalah untuk mengutip statistik padi dengan menggunakan kaedah anggaran yang lebih objektif bagi memperoleh anggaran hasil bagi padi sawah musim utama. Kaedah ini dijalankan di semua daerah di Sarawak kecuali Julau, Pakan dan Belaga. Teknologi Maklumat
|